Sambungan episod 6.

Baca Juga : Sinopsis episod 6 

Ruzita cuba menggoda Azlan dengan alasan kakaknya, Ruhila tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Azlan. 

Namun Azlan tidak termakan godaan tersebut. Ruzita masih dengan muslihatnya dan akan terus berusaha menggoda Azlan.

Mika tidak dapat menerima ketiadaan mamanya, Juweta. Semakin hari dia makin merindui Juweta. Ruhila mula risau apabila melihat Mika menangis. Dia cuba untuk mengambil hati Mika, namun tidak berjaya.

Di satu sudut lain...

Ean dan Juweta semakin akrab. Juweta yang semakin huru-hara hidupnya sedikit demi sedikit dibantu oleh Ean, walaupun pada awalnya Juweta berkeras menolak pertolongan Ean. 

Bila merasakan Juweta tidak selamat berada di hotel, Ean mempelawa Juweta tinggal di sebuah rumah milik bosnya yang sedang bercuti di luar negara. Juweta menerima pelawaan Ean.

Juweta mula menceritakan masalahnya kepada Ean. Satu per satu cerita di buka. Ean nekad untuk membantu Juweta mendapatkan semula anaknya, Mika.

Samarinda tv3

Mereka ke pejabat Azlan. Azlan terkejut dengan kehadiran Ean apabila Ean memberitahu Juweta masih isteri dia. Azlan marah dan tak suka Ean masuk campur urusan dia dan Juweta.

Apabila Ean memperkenalkan diri sebagai peguam. Azlan dan Juweta tergamam. Malah, Azlan mulai tak senang duduk bila Ean mengatakan bahawa Juweta boleh rampas balik semuanya sekiranya Juweta mendakwa Ruhila dan Azlan cuba menipu dia dengan menggunakan Mika sebagai perantara. 

Sekali lagi, Azlan marah dan meminta PA dia untuk menelefon Hakim. Azlan menghalau Ean dan Juweta. Ketika hendak keluar dari pejabat Azlan, Ean dan Juweta bertembung dengan Ruhila. Ruhila tergamam Dan episod 7 berakhir di situ.


Ulasan Episod 7
Dalam episod ini, walaupun suatu ketika dulu Juweta tak suka akan Ean. Tapi, Ean tidak pernah berdendam. Malah, turut membantu Juweta. Pada Fiza, itulah sepatutnya kita amalkan dalam hidup kita. 

Bila kita berdendam, jadilah macam Che Salmah dan Hakim. Sedaya upaya untuk jatuhkan Juweta. Sudahnya, hidup sendiri pun dalam kebingungan. Kan?

Next episod, mesti Ruhila tak keruan kan. Mana taknye, orang yang pernah dicintainya suatu ketika dulu tiba-tiba muncul di depan mata. Mesti status Mika anak siapa akan terbongkar kan. 

#slotsamarindatv3
#takdiryangtertulis