Assalamualaikum.
Good Night.

Kwetiau goreng simple pun sedap | Beginila rutin Fiza. Malam-malam je boleh update blog. Siang memang takde masa lansung. Kalau blogwalking pun, selalu sangat jadi silent reader. Sabar jelah. Kan!

Entri kali ni Fiza nak share cerita pagi tadi. Alhamdulillah, pagi tadi breakfast dengan kwetiau goreng dan sandwich kosong. First time tau, Fiza masak kwetiau. Not bad. Walaupun simple, encik suami boleh pulak kata sedap. Haha... Saja kot nak sedapkan hati isteri. Kan?

Tapi... Seriously, 1 pek kue teow Fiza masak habis licin. Haha... Sahla tu sedap kan. Betul tak?

Korang jangan pulak gelak, bila Fiza cakap first time masak kwetiau goreng. Sebenarnya, Fiza tak gemar pun makan kwetiau. That why, tak pernah makan ataupun beli. Entah! Dah bosan makan bihun goreng dan mee goreng kot. Tu yang encik suami mintak masakkan kwetiau pulak.

Bagi Fiza la kan, nak masak kena berani walaupun first time masak sesuatu menu tu. Fiza tawakal je, masak macam buat bihun goreng dan mee goreng. Then, sambil masak tu bacakan doa supaya apa yang kita masak tu menjadi. Hahaha... Boleh pulak gitu kan.

Tiba-tiba teringat pulak dengan pesanan arwah nenek. Masak kena IKHLAS. Walaupun masaknya main campak-campak, bila kita ikhlas. In Shaa Allah, lauk simple pun boleh jadi satu menu yang menyelerakan. Mudah-mudahan hendaknya.

Resepi simple dan mudah

Resepi Kwetiau Goreng Letak Telur Je

Ok! Before muqadimah panjang berjela, lebih baik Fiza teruskan dengan point utama entri malam ni... Iaitu nak kongsikan Resepi Kwetiau goreng simple je sebenarnya. At least boleh tambahkan koleksi resepi di blog Fiza ni. Yelah! Kekadang resepi simple macam ni pun ada ramai jugak orang mencari. Al-maklumlah, kekadang bila barang dapur dah berkusut... Nak masak pun jadi takde mood, mulalah mencari resepi yang mudah dan bahannya pun sikit. Hehe... Based on pengalaman sendiri jugaklah sebenarnya... Lebih-lebih lagi kalau dah seminggu tak beli barang basah. Maka... Mencarilah resepi based on barang yang ada kat dapur. Tapi kali ni, ada je ayam sotong kat dalam freezer. Cuma, nak tengok sedap ke tak kwetiau buat biasa-biasa je takde add-on banyak seafood... Kiranya nak buat kwetiau bodo² letak telur je.

Ok! Untuk bahan...

1 pek kue teow
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1-2 biji telur
Kobis dipotong halus
Carrot dihiris halus
Bawang goreng
Cili merah

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara masaknya pulak...

Pertama, Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga betul-betul garing dengan api perlahan. Bila dah naik bau. Masukkan kicap dan segala jenis sos serta sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masukkan sayur dan cili merah. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Bila telur dah hampir masak. Masukkan pula kwetiau. Goreng sampai masak. Dah masak, bolehla taburkan bawang goreng di atasnya.

Mudah kan? Sedap! Makan panas-panas.

Alhamdulillah, rezeki harini habis licin. Nampaknye, lepas ni bolehla try macam² resepi kwetiau. Kan?

Nota Kaki : Kwetiau adalah mee lebar berasaskan beras.

#KwetiauGoreng