Telefilem 3 Dukun Santet, 17 Oktober 2020 - Assalamualaikum. Simple update for today. For those yang meminati cerita seram, Sabtu ni... 17 Oktober 2020, satu lagi drama seram berjudul 3 dukun santet akan ditayangkan di Astro Citra pada jam 9 malam. Sebuah cerita seram yang diadaptasi daripada kisah benar tau. 

Actually, Santet bermaksud keupayaan seseorang untuk mencelakai orang lain dari jarak jauh dengan menggunakan ilmu hitam.[1] Biasanya santet sering dilakukan orang yang mempunyai dendam karena sakit hati kepada orang lain. Santet dapat dilakukan sendiri maupun dengan bantuan seorang dukun.

 Sumberwikipedia

That it's. 

SINOPSIS PENUH KISAH DI SEBALIK 3 DUKUN SANTET

Berdasarkan sumber, 3 dukun santet mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik iaitu Saiful / Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang dah lama kenal sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan.


Walaubagaimanapun lokasi cafe itu agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Namun setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe tersebut.

Terlefilem seram astro citra

Emma dan Shasha suka tempat tersebut begitu juga dengan Saiful walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi.


Saiful turut mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu, namun tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu.

Mereka bertiga kemudian bertungkus lumus membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku.

Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit, Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut, sekaligus menghalau hantu - hantu disitu.

Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek, selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk.

Rupa - rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

Macam menarik kan?

PELAKON DALAM 3 DUKUN SANTET

Oh! Ya, antara barisan pelakon yang membarisi lakonan di dalam 3 Dukun Santet adalah seperti Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Umie Aida, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela dan Silfeny Osman.

Before Fiza akhiri entri ini, berikut ada sedikit sedutan beberapa scene di dalam drama tersebut. 


Seram tak? 

Sumber gambar dan sinopsis : Myinfotaip