Alat Untuk Mencukur Rambut Bayi Dengan Mudah

Alat Untuk Mencukur Rambut Bayi Dengan Mudah | Assalamualaikum, hai... Korang apa khabar? Alhamdulillah, tak berkesempatan belah siang... Malam² pun boleh jugak updated blog. 

Actually, banyak benda nak share... Tapi, biarlah satu persatu. So, malam ni Fiza nak sembang pasal part mencukur rambut... Lagi² untuk bayi. Fiza sejenis manusia yang sangat² takut nak cukur rambut bayi sebenarnya. Memandangkan kali ni berpantang di rumah sendiri... So, automatik semua benda kena buat sendiri². Mula² tu ada jugak try guna pencukur janggut encik suami untuk cukur rambut Cik D... Setengah jalan terus berenti... Akibatnya, rambut Dhia tak habis pun dicukur... Nampak sangat tak cantik. 

Satu hari tu nampaklah iklan kat FB pasal Eyebrow shaver shaping. Nampak macam laju je bila digunakan untuk mencukur rambut baby. So, terjebak punya pasal... Survey jugaklah kat shopee. Terbekenan dengan satu jenama ni... Jenama BANG. Fiza pun terus beli... Disebabkan MCO, hampir 3 minggu jugaklah menunggu parcelnya sampai. Hampir give up jugaklah menunggu... Nasib baik tak refund balik.

Alat pencukur rambut bayi

Bila dah dapat... Terusla mulakan operasi mencukur. So far, Alhamdulillah... Tak payah tunggu anak tidur baru nak cukur... Pun. Fiza cukur rambut baby Dhia time dia bermain je. Tapi kena extra care jela. Serius... Sangat mudah nak cukur rambut baby dengan menggunakan eyebrow shaver ni... Tak sampai 10 minit, dah botak. Sangat² mudah digunakan... Lansung tak mencederakan. 

Pencukur rambut bayi

Oh! Ya, kalau korang nak beli di Shopee pastikan baca betul² komen pembeli tau. Kekadang² ada yang jual murah... Bila barang sampai lansung tak boleh pakai. Tapi, tak semua benda murah takde kualiti. Cuma, kena bijak membeli. Hehe... 

Post a Comment

0 Comments