Assalamualaikum, hai...
Sedap Tak Susu Segar Dari Fresh Farm? | Lately, iklan atau review pastinya akan menggoda dan akhirnya menyebabkan kita untuk mencuba. Betul tak? Contohnya review berkaitan susu segar dari fresh farm pelbagai perisa. Hari-hari tengok frendlist di facebook atau blogger yang update mengenainya. Ada yang kata sedap, tapi manis. Tak kurang jugak yang kata sedap, tapi tak manis. Masing-masing punyai pendapat yang berbeza right. Tapi, bagi Fiza ia lebih baik daripada kita mengambil minuman bergas kan?

Seminggu before cuti sekolah, Fiza encik suami dan anak-anak ke Kuching menziarahi mertua. Kebiasaannya, sebelum sampai di rumah... Kami akan shopping barang dapur terlebih dahulu. Destinasi kami masa tu adalah Farley, Samaindah. Tertengok susu segar di rak. Apalagi, tanpa berkira-kira... Fiza terus ambik yang perisa kurma dan mangga.

Susu segar fresh farm yogurt mangga

Susu segar dari fresh farm perisa kurma

Review Susu Segar Dari Fresh Farm

First things first, di Farley ia dijual dengan harga around , RM6 ke RM8 kalau tak silap. Maaf ek! Kes lama tak update, resit harga barang pun dah hilang. Hehe...

Untuk dua jenis susu segar tersebut, Fiza lebih suka minum yang perisa kurma. Rasa macam bubur kapur je. Hehe. Tahap kemanisan pun... So far, takdela manis sangat. Tapi, bagi orang yang memang tolak tepi rasa manis... Mungkin ia dianggap manis kot. 

Bagi Fiza... Memang sedap. Nanti cuti, nak try perisa lain pulak. Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat... Selalu, tengok orang update... Teringin gak nak merasa. Tak sangka pulak haritu rezeki depan mata. Encik suami pun terus beli. Isteri yang perasan blogger, mana mungkin tak ambik peluang nak buat review based on pengalaman sendiri. Kan! 

Alhamdulillah, susu segar tersebut boleh lalu anak tekak. Anak-anak pun suka. Korang pernah try tak?