Drama Terbaru Selepas Drama Lelakimu Yang Dulu | Assalamualaikum, korang apa khabar? Fiza Alhamdulillah... Sihat hendaknya. Entri kali ni Fiza just nak share mengenai sedikit maklumat tentang drama yang menggantikan lelakimu yang dulu bermula Selasa lepas, di slot Akasia. Drama tersebut berjudul Setelah Ku Dimiliki, mempunyai 28 episod dan dibarisi para pelakon seperti Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza dan Aleza Shadan.

Setelah ku dimiliki
Sumber dari Myinfotaip

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia TV3
Menurut sumber, drama setelah ku dimiliki mengisahkan tentang Sarrafia ( Intan Najuwa ) yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu, lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz ( Zul Ariffin ) yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ( Rahhim Omar ) ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Sumber : Myinfotaip

Pandangan Peribadi Terhadap Drama Setelah Ku Dimiliki

So far, dah tengok first episod sehinggalah semalam punya episod... Pada Fiza, jalan ceritanya agak slow... Kemudian, pelakon utamanya iaitu gandingan Zul Ariffin dan Intan Najuwa agak tidak sesuai la... Sebab Intan Najuwa kecil orangnya, then perwatakan pun nampak lagi seperti remaja... Memang nampak tak sesuai jika nak dibandingkan dengan Zul Ariffin yang begitu sasa orangnya. Kalau watak adik-beradik tu... Oklah jugak. Kan?

Tapi, itu sekadar pendapat Fiza... Lain orang, lain pandangannya right.

Jadi, apalagi... Semalam tak tengok pun sampai habis. Terlayanlah pulak drama cemburu seorang perempuan di Astro Ria dalam slot DramaVaganza. Best jugak dramanya. Lakonan Amar Baharin dan Isterinya Amyra Rosli.

Huhu...