Tempahan Tote Bag Crochet | Assalamualaikum, selamat pagi. Korang tengah buat apa? Fiza lepas tengok suami dan anak-anak keluar, terus on laptop. Fuh! Lama tak update blog, rasanya seperti ada hutang yang perlu dilunasi.

Bukan wang ringgit yang dikejar, namun kepuasan yang dicari. Andai rezeki hadir, itu adalah kelebihan yang diperolehi. Kan? Sebab... Bila kita kejar duit semata-mata, percayalah... Bila mental block, takde idea nak update... Kita akan rasa tertekan. Betul tak?

Hakikatnya, blogging kena enjoy. Tak gitu.

Tote bag kait

Berbalik kepada tajuk, Fiza saja je nak update antara tempahan kait yang Fiza dapat minggu lepas. Antaranya adalah Tote Bag. Alhamdulillah, customer pilih 3 warna iaitu soft grey, pink magenta dan biru. So far, bila digabungkan 3 warna tersebut... Cantik pulak Fiza tengok. Dah selamat di kirimkan dah pun. Mudah-mudahan tuannya puas hati. Hehe...

If korang berminat nak buat tempahan kait, just email me or whatsApp okeh! In Shaa Allah, As soon as possible Fiza reply.

Have a nice day.