Bonus Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Bagi Aidilfitri 2019

Sejak seminggu yang lepas, Fiza tengok macam-macam status di facebook pasal bonus raya. Ada yang share pasal CUEPAC mintak RM1000 la untuk bonus. Ada yang share berita² tahun lepas tapi diubahsuai lah....

Tapi, jangan mudah percaya dengan sebaran berita dari media sosial bulat². Kena selidiki dulu kesahihannya sebelum berjemaah berkongsi.

Hakikatnya, rakyat Malaysia memang memerlukan bonus terutamanya pada musim perayaan. Sekurang-kurangnya, bolehlah meringankan beban. Al-maklumlah, ekonomi sekarang ni. Semua benda perlukan duit.

Tarikh pembayaran bonus penjawat awam 2019
Sumber dari hasrulhassan.com

Tarikh Pembayaran Bonus Atau Bantuan Khas Penjawat Awam 2019

Algamdulillah, buletin TV3 semalam telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pusat akan memberi bonus buat penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM450. Manakala untuk pesara kerajaan pula sebanyak RM225.

Pembayaran akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Alhamdulillah, akhirnya teka-teki rakyat Malaysia mengenai bonus terjawab.