31 May 2019

Kisah Di Sebalik Episod 20 Curi-Curi Cinta

Episod 20 #curicuricinta | Cuti bolehla layan secara live. Dalam episod 20 malam ni... Intan meluahkan masalahnya dengan abang Is di biliknya. At the same time, ibunya mencuri dengar perbualan mereka. Intan tertekan. Dia nak gugurkan kandungannya.

Namun, dengan kata² semangat abang Is... Dia masih teruskan kerjanya sebagai jaga di Syarikat Daniel. Daniel still tak tahu yang dia mengandung... Yang tahu pun kak Tot, cleaner kat situ dan ketua jaga je.

  Baca Juga   : Sinopsis #curicuricinta

Fariza pulak terpaksa mengikut kehendak ibunya, yang mahukan dia dan Daniel bertunang secepat mungkin.

Episod 20 curi-curi cinta
Sumber dari IG

Then...

Salah satu pembawakan budak... Intan tak boleh terbau si Daniel. Tiap kali mereka bertembung, mesti Intan nak termuntah... Sampaikan di akhir episod, Daniel marahkan Intan bila mana mengetahui Intan mengandung... Dia tak nak anak yang Intan kandung tahu akan kewujudan dia, dia tak kan berganjak dengan keputusannya. Dia tak nak bila baby lahir di bin atau di bintikan dengannya. Kalau boleh, dia lansung tak nak bayi tu lahir pun ke dunia.

Allahu akhbar, betapa bencinya Daniel terhadap Intan. Tu la... Realiti kehidupan manusia, bila amarah menguasai diri... Kewarasan dalam membuat keputusan pastinya terburu-buru.

Hurmmm... Kesian kan dengan Intan.

Bak kata suami Fiza...

Kalau aku, memang tak kan terima lagi dah lelaki macam tu... 

Haha... 

Kaum adam pun minat jugak drama ni.

2 comments:

  1. Memang stress bila tengok sikap Daniel. Rasa macam lagi menyakitkan hati daripada sikap Intan dulu😅.

    ReplyDelete
  2. mmg sedap cite ni kalau follow dari awal..

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com