22 April 2019

Drama Curi-Curi Cinta Di Astro Ria Bermula 29 April 2019

Megadrama Curi-Curi Cinta Lakonan Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson

Pada mereka yang mengikuti megadrama patah sayap bertongkat paruh, minggu ni merupakan minggu akhir untuk drama tersebut.

Berdasarkan iklan, drama curi-curi cinta bakal menggantikan drama tersebut. Berdasarkan sumber, Ia juga merupakan drama adaptasi novel curi-curi cinta karya Siti Rosmizah. Menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. Drama bersiri 28 episod arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton pada 29 April 2019 nanti.

Curi-curi cinta
Sumber daripada infobergetar

JUDUL : CURI-CURI CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media
PELAKON : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON DALAM CURI-CURI CINTA

Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Melanie Tan sebagai Peggy
Adam Lee sebagai Badrul
Fauziah Nawi sebagai  Puan Asmah
Ku Faridah sebagai Mak Long Sapiah

SINOPSIS CURI-CURI CINTA

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali. Mampukah Daniel mendapatkan kembali isterinya?

Sumber : myinfotaip.com

  Baca Juga   : Sinopsis Megadrama Patah Sayap bertongkat Paruh

Jika dibaca sinopsis dan juga based on komen mereka yang dah pun membaca novelnya, rata-rata mengatakan bahawa jalan ceritanya menarik. Kisah dua darjat namun berbeza sudut pandangan.

Watak heroin pula yang antagonis ye. Namun, sejauh mana menariknya novel apabila diadaptasi ke dalam drama... Semuanya bergantung kepada pelakon yang melakonkannya. Kan?

Apa² pun, for those yang tertunggu-tunggu novel tersebut di dramakan... Jangan lupa, save the date ok!

Bermula 29 April nanti, semestinya di dalam slot megadrama, setiap Isnin hingga Khamis... Jam 10 malam, semestinya di Astro Ria dan Ria HD.

Orait!

7 comments:

  1. suka zahirah ni berlakon.. nak tunggu tengok lah

    ReplyDelete
  2. Sinopsis best tapi pelakon sik diminat... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Hot couple berlakon sama wow weeee

    ReplyDelete
  4. Owhh cerita baru ye.. Pelakon boleh tahan, minat juga hahaha.. Patahnya sayap tu pun tak habis tgok lg.. Muni layan online je sementara free layan p la

    ReplyDelete
  5. Wah gandingan couple ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak tengok drama ni. Bila tengok tayangan perdana, memang best.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com