15 March 2019

Esok Cutikah Mak?

Esok Cutikah Mak?

Bila balik dari kelas KAFA hari Jumaat, sudah menjadi kebiasaan Nur Ain akan tanya Fiza. Esok cutikah mak? Bila Fiza jawab ya. Yes! Bestnye... Laju je menjawab. 

Pernah sekali Fiza berseloroh.
Amboi! Kemain seronok bila dengar cuti. Sekolah tak best ke.

Jawapan Nur Ain cukup cantik. Sekolah best. Cuti pun best. Alhamdulillah, rezeki dari Allah mempermudahkan urusan Fiza untuk menyekolahkan anak-anak. Tiada lain yang Fiza mahukan. Moga dia dan kakaknya sentiasa seronok ke sekolah. Menjadi anak solehah buat ayah dan mak. Aamiin...

Kisah Nur Ain

Setakat ni, Nur Ain dan kakaknya tak pernah lagi ponteng sekolah tanpa sebab. Until now, dua hari je Nur Ain tak sekolah gara-gara cirit-birit.

Pernahlah jugak berseloroh kat dia.
Harini Nur Ain tak payah ke sekolah ye... Teman mak kat rumah. Sungguh terharu melihatkan respon Nur Ain. Allahu Akhbar, nak nangis bila Fiza tak bagi dia ke sekolah. Syukur sangat² dia mahu bersekolah. Yelah! Seperti Fiza pernah cakap. Dulu masa umur duatiga tahun... Nur Ain takut sangat bila jumpa orang baru. Tapi, rupanya andaian Fiza salah... Tak semestinya anak manja akan takut ke sekolah... 

Huhu... Harini Nur Ain dan kakak ada KAFA. Sakitnya menanggung rindu. Sudahnya... Terhasillah entri merapu. Hwaaa...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com