Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh Bakal Menggantikan Encik Imam Ekspres


Tengah layan drama Encik Imam Ekspres, muncul pulak iklan megadrama terbaru yang akan bersiaran selepas drama Imam Ekspres.

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh bakal bersiaran pada 3 April 2019 dan juga merupakan drama adaptasi novel karya Hana Ilhami.

Menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. Ia juga merupakan drama arahan Along Kamaluddin, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Patah sayap bertongkat paruh

JUDUL : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : Mac 2019 
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Hana Ilhami
PENGARAH : Along Kamaluddin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd

WATAK PELAKON DI DALAM PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Aaron Aziz sebagai Talhah
Fasha Sandha sebagai Aliah
Zarul Husin sebagai Hisyam
Amelina sebagai Maznah
Jalil Hamid sebagai Pak Osman
Elly Mazlein sebagai Senah
Aman Aziz sebagai Irsyad
Haziq Mac Quistan sebagai Din
Amira Othman sebagai Ros

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Drama tersebut mengisahkan tentang Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.

Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah.

Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung.

Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan?

Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Sumber : www.myinfotaip.com


Review novel patah sayap bertongkat paruh

Reviews Novel Dari Komuniti Pembaca

Rata-rata pembaca memberi rate empatlima kepada novel ini. Ramai yang menyukai kisah kekeluargaan yang diceritakan oleh penulis. Namun, adakah kisahnya secantik di dalam novel... Setelah diadaptasikan ke dalam drama?. Lagi² apabila Fasha Sandha dan Aaron Aziz digandingkan bersama. Mesti ramai peminat nak tengok. Kan!

Save the date ok.

In Shaa Allah, if ada masa untuk menonton. Bolehlah nanti layan. Nak² bila Aaron Aziz berlakon. Kan? Selalu kalau dia berlakon... Pasti dramanya menjadi trending. Betul tak?

Apa² pun have a nice day semua.

Nukilan Rasa,
Fizacrochet.com


#megadramaterbaru
#patahsayapbertongkatparuh