Drama Asalkan Dia Bahagia Bakal Menggantikan Dia Menantu Rahsia

Kalau entri sebelum ni Fiza bercakap mengenai megadrama terbaru, harini pulak Fiza nak berkongsi sedikit info berkaitan dengan akasia terbaru yang bakal bersiaran 8 Mac 2019 nanti.

For those yang mengikuti drama Dia Menantu Rahsia, this week merupakan minggu akhir dan drama yang bakal menggantikannya adalah drama Asalkan Dia Bahagia lakonan Syukri Yahaya dan Ayda Jebat.

Slot akasia Asalkan dia bahagia
Sumber gambar pelakon drama asalkan dia bahagia adalah daripada facebook

Judul : Asalkan Dia Bahagia
Bilangan Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 8 Mac 2019
Siaran TV : Slot Akasia TV3, Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
Watak Dan Pelakon : Ayda Jebat sebagai Adira Imani, Syukri Yahaya sebagai Haris Aryan, Nadiyah Shahab sebagai Afida, Marisa Yasmin sebagai Datin Maria dan Esma Danial sebagai Dato Hijaz

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia, 8 Mac 2019

Drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha ini mengisahkan tentang Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Macam menarik je kan...

Novel asalkan dia bahagia
Sumber review pembaca novel asalkan dia bahagia adalah daripada goodreads

Menarik atau tak drama Asalkan Dia Bahagia?

Bila baca sinopsis, jalan ceritanya macam best. Begitu jugak dengan reviews yang telah dibuat oleh para pembaca novelnya di goodreads, Rata-rata memberi komentar yang sangat positif... Memang terasa nak tengok. Adakah gandingan Syukri Yahaya dan Ayda Jebat mampu menghidupkan jalan ceritanya? Hurmmm kena save the date kalau nak tahu best ke tak. Kan?

#Akasiaterbarutv3
#asalkandiabahagia