Apakah Warna Tudung Yang Sepadan Dengan Semua Jenis Warna Baju?

Sudah menjadi lumrah kita sebagai wanita. Serius, tiap kali nak pergi mana-mana mesti nak kelihatan menarik terutamanya bab pakaian. Semua benda nak kena match. Betul tak?... Terutamanya bab nak padankan tudung dan baju.

Informasi
Sumber dari Pinterest

Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan semua jenis warna baju

So, masa scroll pinterest... Tertengok satu table 'a pair and a spare' color dressing guide yang mana Fiza rasa boleh dijadikan panduan untuk padankan warna pakaian. Rasanya untuk match tudung dan baju pun boleh.

Walaubagaimana pun, based on jadual tersebut... Apa yang Fiza perasan... Warna yang paling teserlah adalah warna putih dan hitam... Di mana, Semua color baju boleh dipadankan dengan dua warna tersebut.

Memang, Fiza sendiri pun... Kalau dah payah sangat nak padankan warna tudung dan pakaian. Terus ambik keputusan... Pakai je terus tudung hitam. Senang! Boleh match sekali dengan color handbag dan kasut atau Sandel. Tu yang Fiza rasakan yang tudung HITAM adalah warna tudung yang sangat sesuai untuk disepadankan dengan semua jenis warna pakaian.

Tapi, untuk color putih pulak... Sorry!! Memang jarang sangatlah Fiza nak pakai. Bukan tak suka pakai tudung putih... Tapi, satu je Fiza tak berapa nak suka... Warna putih cepat nampak kotor. Kotor sikit, mesti kita dah risau kan... Boleh swing mood dibuatnya. Betul tak?

Siapa macam Fiza?... Selalu pakai tudung hitam. Konon senang, match dengan semua warna baju.

Padanan Warna Baju Dan Tudung Yang bersesuaian

Selain bercakap mengenai warna hitam dan putih, di sini Fiza nak share jugaklah beberapa contoh padanan warna baju dan tudung yang bersesuaian berdasarkan table warna di atas. Antaranya :-
  1. Baju warna pink boleh dipadankan dengan tudung bewarna light blue, dark blue, grey, putih, hitam, merah dan beige.
  2. Andai kata baju bewarna merah, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti light blue, dark blue, grey, hitam, putih, pink dan beige.
  3. Sekiranya baju bewarna orange pulak, warna tudung yang sesuai adalah seperti hijau, light blue, dark blue, putih, hitam, beige dan coklat.
  4. Seterusnya jika warna baju adalah beige, warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti  dark blue, purple, coklat, putih, hitam, kuning dan jingga.
  5. Manakala untuk baju bewarna kuning pulak, warna tudung yang boleh dipadankan adalah seperti hijau, dark blue, putih, hitam dan beige.
  6. Kemudian untuk baju bewarna hijau pulak, antara warna tudung yang boleh dipadankan adalah seperti jingga, purple, hitam, putih, kuning dan light blue.
  7. Bagaimana pula dengan baju bewarna light blue. Apakah warna tudung yang bersesuaian. Based on table di atas, antara warna tudung yang bersesuaian untuk warna baju light blue adalah seperti pink, merah, jingga, putih, hitam, dark blue dan purple.
  8. Untuk baju bewarna dark blue, warna tudung yang bersesuaian untuk dipadankan adalah seperti pink, red, kuning, grey, putih, hitam, light blue dan purple.
  9. Baju bewarna purple pulak boleh disesuaikan dengan tudung bewarna jingga, kelabu, hijau, putih, hitam, light blue dan dark blue.
  10. Manakala baju bewarna coklat pulak boleh dipadankan dengan tudung bewarna beige, putih, hitam dan orange.
  11. Last sekali, untuk baju bewarna kelabu atau grey. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan adalah seperti pink, merah, dark blue, purple, putih dan hitam.
That it's. Semoga bermanfaat ye. Have a nice day.

#tonewarnadressing
#pairandsparecolordressing
##colordressingguide