Trafik blog jatuh mendadak, Adakah disebabkan oleh sumber trafik yang banyak dari Israel?


Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Beberapa bulan kebelakangan ni, Fiza perasan yang trafik blog Fiza turut jatuh menjunam. Sebelum jatuh menjunam, apa yang Fiza perasan, blog Fiza pernah mendapat trafik yang sangat banyak dari Israel. Hati mulai tak sedap. Namun, Fiza abaikan perasaan itu.

As a blogger yang menjana income dari Nuffnang dan google Adsense, sudah pastinya ia menjadi kerisauan. Bila trafik jatuh menjunam, automatik pendapatan pun turut terjejas. Kan?

Statistik blog menurun secara mendadak

Adakah trafik blog menurun disebabkan oleh abnormal trafik dari Israel?


Wallahu'alam. Bukan sahaja Fiza yang pernah kena. Blogger hebat seperti Hasrul Hassan pun jugak pernah kena. Ada jugak yang berpendapat ia mungkin serangan pihak yang ingin menjatuhkan keupayaan  blog kita untuk  berada di ranking terbaik enjin carian.

Huhu... Buntu! Fiza tak tahu nak kata apa.  Semoga masalah ni berlalu dengan cepat... Sebab ada yang berpendapat, walaupun trafik dah jatuh menjunam... Jika konsisten menulis artikel original, In Shaa Allah... Trafik akan kembali normal dalam masa yang terdekat. Betul ke tak? Wallahu'alam... 

Kalau fenomena ini memberi impak positif, takpelah jugak kan.  Tapi... Kalau sebaliknya. Bagaimana? Janganlah sampai satu tahap kena penalti dengan google. Huhu... Tak sanggup Fiza oiii...

Korang ada idea tak? Ke ada yang pernah senasib dengan Fiza?

Entri sekadar meluah rasa. Selamat beristirehat semua.