14 February 2019

Sedap Tak Biji Cempedak Goreng?

Assalamualaikum, hai...
fizacrochet.com - first things first, Fiza nak tanya... Kalau korang beli buah cempedak. Korang akan buat menu apa? Lepas tu, biji cempedak dibuang ke, atau di makan?

Fiza pulak, dari kecil dibesarkan dalam keluarga yang kurang mampu, so my mom memang kreatif bila part memasak... Asalkan anak-anak kenyang. Itu sudah cukup bersyukur. Bila musim cempedak... Pendek kata, hanya kulit dan bahagian batang dalam je yang akan dibuang. Isi dan biji akan dimakan. 

Kebiasaannya, Isi akan dibuat cucur. Biji pulak akan direbus atau digoreng.

Biji cempedak goreng

Sedap Ke Biji Cempedak?
For me yang dah biasa membesar dengan hidangan biji cempedak... Bijinya sangat sedap bila direbus atau digoreng. Makan time panas-panas dengan teh kosong. Pergh!!! Nikmat dan Rezeki apa lagi yang kita nak dustakan.

Namun, Fiza lebih suka biji cempedak yang digoreng... Sebabnya, bila direbus... Ia akan mengambil masa yang lama untuk masak. Rasa lebih kurang sama je... Lemak berkrim. Hehe...

Apakah Khasiat Biji Cempedak Kepada Tubuh badan Kita?
Bila bercakap pasal buah, tak sah rasanya kalau Fiza tak kaitkan apa yang Fiza makan dengan khasiatnya. At least, kita punyai sedikit ilmu mengenainya. Betul tak?

Ok! Jom kita lihat beberapa kelebihan yang terdapat pada biji cempedak. Antaranya, adalah seperti mengandungi protien yang tinggi. Menurut sumber, protien yang tinggi di dalam biji cempedak mampu membantu untuk mencegah depresi, menyihatkan sel tubuh badan, dapat meningkatkan fungsi imun pada tubuh badan, membantu mencegah penyakit pada otot tubuh dan juga boleh dijadikan sumber tenaga buat tubuh. 

Sangat banyak kan kebaikannya. So, lepas ni for those yang belum pernah makan biji cempedak... Bolehlah cuba untuk memakannya. Senang je nak buat... Kalau nak rebus... Rebus dalam air dan masukkan sedikit garam... Bila dah nampak kulit pada bijinya mengelupas... Itu tandanya ia sudah siap sedia untuk dimakan. Begitu juga bila digoreng.

Selamat Mencuba!

#buahcempedak
#bijicempedak
#khasiatbijicempedak

3 comments:

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com