18 February 2019

Pendapat Tentang Aiskrim Terbaru Unicornetto, Sedap Ke Tak?

Pendapat Tentang Aiskrim Terbaru Unicornetto, Sedap Ke Tak?


Semalam Fiza dan anak-anak ke sekolah untuk menemani encik suami mengemas Pusat Sumber Sekolah. Pergi jam 10.30 pagi, balik jam 3 petang.

On the way balik, Fiza dan anak-anak minta encik suami belikan aiskrim. Huhu... Hujan-hujan pun layan. Tetiba teringat akan aiskrim unicornetto yang viral di socmed. Ramai yang kata sedap based on pengalaman peribadi. Apalagi, terus request kat encik suami untuk dibelikan.

Review aiskrim terbaru unicornetto

Alhamdulillah, rezeki Fiza dan anak-anak... Akhirnya, merasa jugak aiskrim unicornetto. Di Betong, ia boleh di dapati di kedai Doremon. Stock masih ada atau tak... Yang tu wallahu'alam. Masa encik suami beli, tinggal beberapa biji je lagi. So far, harga still sama iaitu RM3.20.

Actually, aiskrim unicornetto pada mulanya menjadi kegilaan di Thailand sehingga mencuri tumpuan masyarakat di UK dan jugak rakyat Malaysia.

Gabungan cornetto rainbow pop, classic vanilla, classic chocolate dan royal chocoluv menjadikan aiskrim tersebut istimewa. Dilengkapi dengan packing unggu cahaya hologram yang sangat comel. Malah, ilustrasi hak unicorn di sebalik perkataan jugak membuatkan bungkusannya berkilauan.

Bila real pegang aiskrim unicornetto... Hati pun tertanya-tanya. Luaran nampak wowww. Adakah rasanya jugak seiring dengan kecantikan luarannya.

Harga aiskrim terbaru unicornetto

Sedap Tak Aiskrim Unicornetto?


Walaupun Fiza tak boleh nak habiskan satu biji aiskrim... Serius, dari segi rasanya memang sedap. Alia dan Ain kemain lagi bila tengok color aiskrim unicorn... Tak habis-habis kata sedap dan cantik. Part packaging dia memang colorful. Anak-anak memang tertarik. Serius!

Dari segi harga... Standard kot dengan aiskrim jenis kon yang lain. Then, kalau diberi bintang... Fiza bagi 4 out of five. 

Apa-apa pun berbaloi jugak dapat merasa... Sebab Fiza suka colorful. Hehe... Tu based on pendapat peribadi Fiza ye. Lain orang lain selera. Kekadang kita kata sedap, tapi ada pulak yang tak kena dengan selera orang lain. Kan? Nak tahu sedap ke tak kena try, barulah boleh tahu sejauh mana kelazatannya menarik perhatian. Betul tak?

Korang dah try tak?

4 comments:

  1. Replies
    1. O... Yeke. Tu la benda tengah viral pastinya laris kan. 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Oh ya ke Nurul. Akak pun haritu hampir tak menyempat. Tak banyak lagi yang tinggal 😊

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com