Assalamualaikum, hai...
Kena Istiqomah Lakukan 7 Perkara Untuk Kurus Dengan Cepat | Alhamdulillah, di atas ruang dan peluang yang ada untuk Fiza terus menulis dan menulis.

Bila bercakap mengenai ruang dan peluang, sebenarnya dalam kehidupan kita... Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita mencari kenikmatan hidup. Cumanya, ia bergantung kepada pilihan yang kita buat. Sejauh mana kegigihan kita untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat yang telah kita pilih.

Bagaimana Nak Kurus Dengan Cepat Tanpa Mengambil Sebarang Ubat Atau Supplemen
Bercakap pasal matlamat, dalam hidup kita pastinya mempunyai pelbagai matlamat. Antaranya ialah berazam untuk menguruskan badan. Nak kuruskan badan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan right... Lebih-lebih lagi bila kita sejenis yang mudah putus asa. That why ada pepatah mengatakan hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je bersemangat... Seminggudua lepas tu... Dah give up. Betul tak? 

Istiqomah itu paaaalinggg penting.

Cara mudah untuk kurus tanpa ubat
Sumber daripada pinterest

Actually, ada 7 perkara mudah yang boleh dilakukan untuk kurus dengan cepat. Antaranya...
  1. Minum air masak 3 liter sehari
  2. Kurangkan kuantiti nasi
  3. Jangan minum air bergas
  4. Jangan minum air manis
  5. Jangan minum air yang berais
  6. Lakukan sedikit senaman ringan
  7. Jangan makan fast/junk food

Tu antara 7 tips yang sangat mudah untuk dilakukan agar cepat kurus.

Nampak macam sangat mudah kan. Tanpa sebarang ubat atau supplemen pun dah boleh kurus. Namun, nak kurus kenalah istiqomah. Sorry to say... Kalau rasa terpaksa nak buat... Serius tak kan tercapai target nak kurus. Betul tak?... 

Semoga bermanfaat buat kita bersama.