Assalamualaikum, hai...
Episod 6 Senafas Rindu | Semalam blackout dari pukul 8.30 malam sampaila 7.00 pagi. Memang lansung tak boleh nak menonton tv. Nasib baik uniform sekolah anak-anak dan suami dah siap-siap iron petang sebelumnya.

Walaupun tak dapat nak layan belah malam... Pagi tu jam 10 pagi berkesempatan jugak layan episod 6 senafas rindu. Hehe. Mana boleh skip menonton... Suka tengok Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan digandingkan dalam drama tersebut. So sweet.

Dalam episod 6, Munir dah tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Patric. Tapi Fariz lansung tak tahu. Patric tak nak susahkan Fariz. Lagipun Fariz sibuk keluar dengan Anne. Sampai satu tahap mereka keluar makan bersama dan menonton wayang bersama. Sikit demi sikit, mereka mulai mengenali satu sama lain. Hehe... Siapa layan drama tersebut, kita geng. Korang rasa... Fariz dah start fall in love dengan Anne ke? Ke Anne yang dah jatuh cinta dengan Fariz.

Episod 6 senafas rindu

Fariz caring sangat terhadap Anne... Siap gurau-gurau macam couple pulak Fiza tengok. Kemudian, Patric mulai curiga terhadap Fariz apabila melihat gambar yang rakan mereka send dalam group whatsapp... Gambar tersebut menunjukkan seperti Fariz bersama dengan Anne. Walaupun Fariz menafikannya... Namun, kebenarannya dia memang keluar dengan Anne.

Episod 6 berakhir dengan scene di mana Fariz berjanji nak ceritakan sesuatu kepada Patric. Apakah rahsia yang dia nak ceritakan... Kenalah layan episod 7.

Tak berkesempatan lagi tengok episod 7. In Shaa Allah, if berpeluang... Bolehlah tengok ulangan jam 10 pagi hari ni.

Ada masa... Next time Fiza to be continue kisahnya ye. Hehe...

#megadramaterbaru
#megadramafebruari
#senafasrindu


0 Comments