Assalamualaikum, hai...
Ragam anak-anak selepas Seminggu Bersekolah | Alhamdulillah, tahun ni... Alia dah tahun 1, Ain pulak prasekolah 5 tahun. Dua-dua bersekolah di sekolah yang sama tempat encik suami mengajar.

Minggu pertama persekolahan

Hari pertama persekolahan, Fiza dan encik suami bersama-sama hantar anak-anak ke sekolah. Alhamdulillah, Kak Alia memang dari prasekolah lagi takde masalah untuk berdikari. So, encik suamila yang hantarkan di ke kelas. 3 minggu kak Alia akan lalui transisi. So far so good. Alia memang Fiza tak bagi bawa duit ke sekolah, tapi duit setiap hari yang kami bagi akan ditabungkan di rumah. So, setiap hari dia akan bawak bekal dan akan makan bersama encik suami. Memang takde masalah untuk kak Alia.

Ragam anak-anak ke sekolah

Ain pulak... Mula² Fiza dan encik suami memang risaukan dia. Ain sejenis yang tak boleh berenggang dengan Fiza. Sampaikan ada yang cop Ain... Nanti mesti takut ke sekolah. Huhu... Hati ibu mana yang tak terkilan bila mendengar suara² sumbang tu kan. Tapi, Fiza tetap positifkan diri walaupun hakikatnya dalam hati turut risau.

Setahun yang lepas memang tak pernah lekang bagitahu yang dia akan bersekolah this year. Hasilnya... Tak sangka, sampai di sekolah dia memang excited masuk kelas. Cumanya agak pasif dan diam walaupun tak menangis. Ok! Fine, first day kan... Bersama orang asing pastinya akan buatkan kita sedikit janggal. Walaubagaimana pun, masa balik... Kemain ramah lagi dengan cikgunya. Siap lambai-lambai lagi. Dalam kereta pun , sepanjang jalan tak habis² bercerita pasal kelas. Seronok sekolah, cikgu cantik dan sebagainya.

Second day, woww... Alhamdulillah, memang kejut terus bangun. Nampak betul Ain begitu  excited nak ke sekolah. Mula², Fiza plan tak nak hantar dah. Tapi, bila encik suami tiba-tiba sakit kaki... Akhirnya, sekali lagi fiza ke sekolah. Cikgu terkejut. Dia ingatkan Fiza tak hantar dah... Sebab tengok Ain dah ok. Ehehe. Nak buat macam mana kan... Encik suami sakit kaki. Walaubagaimana pun, hari Jumaat Alhamdulillah... Tanpa sebarang 'drama', Ain pergi ke sekolah bersama suami dan Kak Alia. Syukur... Allah permudahkan urusan kami suami isteri. Rezeki jugak tu. Kan?

Apa pun ragam anak-anak, kita as a parents kenalah bersabar walaupun kekadang ada je perangai anak-anak yang buatkan kita geram semacam. Betul tak?

Semoga Kak Alia dan Ain diterangkan hati untuk menerima segala ilmu yang mereka pelajari. Aamiin...