Assalamualaikum, hai...
Gandingan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan | Semalam tengok promo drama Senafas rindu. Wah! Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan... Mesti tengok kalau ada masa nanti. Dah lama jugak tak layan megadrama. Terbaru Kan ku kejar cinta kamu. Entahla, macam tak minat pulak nak layan. Tapi untuk senafas rindu nanti,  In Shaa Allah... Jika berpeluang nak jugak layan. Mula bersiaran pun 4 Februari nanti. Bolehla set masa kan. Lagipun, megadrama start jam 10. Dah settle semua kerja... Bolehla menonton. Tu pun kalau tak mengantuk. Hahaha... 

Senafas rindu
Sumber dari Facebook #Senafasrindu

Based on sumber, macam best je jalan ceritanya. Tu best on novel la kan. Maybe, kalau dah adaptasi... Sedikit perubahan jalan cerita mungkin berlaku. Tapi, rata-rata sumber sinopsis yang Fiza baca... Senafas rindu mengisahkan tentang kisah Fariz (Syafiq Kyle) dan Vivianna (Elizabeth Tan). Dua insan yang memiliki kisah pahit dalam percintaan.

Fariz pernah bercinta dengan Shafika (Alya Iman) di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Manakala Viviana pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin (Kahoe Hon) dan ditinggalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat, namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

----------------------------------------
Dalam senafaz rindu Elizabeth Tan memegang watak mualaf jugak iaitu sebagai Siti Nur Ain. Best ke tak? Nantikan kemunculannya pada 4 Februari nanti ok.

Selain itu, serius... First time dengar nama Alya Iman dan Kahoe Hon. Biasalah, tak rajin nak ambik tahu pasal artis. Ambik tahu pun... Bila nak menonton drama je. Haha...

BIODATA ALYA IMAN YANG MEMEGANG WATAK SYAFIKA DALAM MEGADRAMA SENAFAS RINDU 4 FEBRUARI 2019

Alya iman memegang watak shafika
Sumber dari google image

Based on sumber di internet, rupanya Nur Alia atau lebih dikenali sebagai Alya Iman adalah anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha. Siapa pernah tengok filem Ali Setan. Ali Setan tula ayahnya. Rupanya... Kan. No wonder lah... Muka macam familiar... Lagi satu... Dia pun baru je berlakon dan first drama yang dia lakonkan jugak adalah Senafas rindu. So, patutlah tak kenal. Kan? Muda lagi orangnya... Baru 17 tahun, tapi muka nampak matang kan... Tu pasal biodata Alya Iman yang memegang watak Shafika.

KAHOE HON MEMEGANG WATAK KELVIN DALAM SENAFAS RINDU

Kahoe Hon watak kelvin dalam senafas rindu
Sumber dari google image

Bagaimana pulak Kahoe Hon. Lansung tak kenal. Adakah dia pelakon Singapura?. Hehe... Nama je ala-ala korea. Tapi, rupanya dia dilahirkan di Petaling Jaya. This year, bakal menyambut birthday yang ke-27. Agama dan bangsa apa... Tu Fiza tak pastilah. Tapi, nampak muka dalam gambar di internet... Macam berdarah kacukan pun ada. Apa-apa pun, all the best untuk dua orang pelakon baru ni. Ok ke tak lakonan dorang. Saksikan senafas rindu, 4 Februari nanti... Semestinya di Astro Ria 104 dan Ria HD dalam slot Megadrama.

Haha... Sabar jelah ye, peminat drama la katakan... Nak jugak update bila ada drama mungkin menarik untuk ditonton... Hehe...

Apa-apa pun, selamat malam alls. Weekend dah plan dah nak buat apa?