Ayam Sweet And Sour Bento Suami Dan Anak-Anak

Assalamualaikum, hai...
Ayam Sweet And Sour Bento Suami Dan Anak-Anak | Selamat pagi semua. Alhamdulillah, harini seawal jam 4 Fiza dah bangun untuk menyediakan Bento suami dan anak-anak. Ayam sweet and sour simple dan cucur cempedak. 

Semalam dah plan nak buat. So, balik dari sekolah... Encik suami terus carikan nenas fresh. 2 biji tiga ringgit. Then, belikan jugak ayam dan lain-lain bahan yang diperlukan.

Ayam masak sweet and sour

RESEPI AYAM MASAK SWEET AND SOUR YANG SIMPLE

Bila dah jarang membuat, dapat pulak resepi mudah... Apalagi, as a blogger nak jugak share kaedah membuatnya di blog. Kan!

Dipendekkan cerita, bahan yang diperlukan untuk membuat ayam masak sweet and sour adalah seperti berikut :-
  1. Ayam dipotong halus
  2. Bawang merah dan putih dihiris halus
  3. 2 inch halia dihiris halus
  4. Cili segar
  5. Kicap cair
  6. Lada sulah
  7. 2 sudu besar sos tiram
  8. 2 sudu besar sos tomato
  9. 2 sudu besar sos cili
  10. Ajinomoto
  11. Sedikit gula
  12. Telur
  13. Tepung jagung
  14. Nenas dipotong kecil

Cara membuatnya pulak. Perapkan ayam yang telah dipotong dengan kicap cair dan halia. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan sebiji telur dan tepung jagung. Then, gorengkan sehingga kekuningan.

Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah kekuningan, masukkan pulak cili dan nenas. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air. Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuhkan dengan air bagi memekatkan kuah. Masukkan ayam. Akhir sekali, pekenakan rasanya dengan ajinomoto dan sedikit gula. Dah siap! Mudahkan.

Alhamdulillah, rezeki pagi yang cukup menyelerakan. Not bad rasanya. Hehe. Nanti bolehlah repeat membuatnya. Kan?

Korang pulak, breakfast apa pagi ni?



Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com