Assalamualaikum, hai...
Zamani Mara Ke Separuh Akhir | Semalam, korang tengok tak Gegar Vaganza(GV) untuk minggu ke-6? Actually, tahun ni Fiza tak layan GV sangat. Layan pun minggu-minggu nak ke Final je. Sebab minat #Zamani je pun. Huhu...

Kredit : Astro Awani
Last week minggu ke-5 GV, hangat dengan isu Zamani tak boleh nak menyanyi disebabkan suaranya koyak. Namun, dengan kuasa imuniti Dato' Syukri... Dia masih lagi kekal pada minggu keenam dengan lagu berjudul hapus aku oleh kumpulan Nidji.

Semalam, tengok pun ada jugak terfikir. Zamani nyanyi tak eh malam ni? Suara dia dah elok dah ke?... Sebab, ada jugak terbaca di internet yang Zamani menarik diri untuk persembahan semalam. Bila tengok satu persatu peserta keluar dan tiada lansung bayangan Zamani... Fiza tak rasa terkejut atau hampa pun. If dia tak perform pun semalam, peminat terima je... Sebab KESIHATAN lebih penting daripada segalanya. Tengok pun semalam dia nyanyi... Macam payah je, still nampak masih tak berapa nak sihat kan? Apa-apa pun dia dah pun buat yang terbaik. Semoga Zamani terus sihat dan berjaya ke Final.

Kredit : Mstar
Untuk persembahan semalam, Zamani telah menjadi pemenang untuk anugerah bintang cuckoo paling gempak. Manakala Farah Wahida pulak tersingkir pada minggu ni. 

SENARAI LAGU DAN PESERTA UNTUK MINGGU KE-7 ATAU SEPARUH AKHIR GV

Kemudian, dengan bertemakan Road To Semi Final... Para peserta akan membawa dua buah lagu dan berikut adalah senarainya :-
  1. Amelina » Lagu Kuch kuch hota hai dan Tua mengejar kita
  2. Billy Zulkarnain » Lagu Mengenangmu dan Mulanya di sini
  3. Zamani » Lagu dimatamu dan dekat pada mu
  4. Dia Fadila » I don't want to miss a thing dan pematah hati
  5. Maya » Lagu tiada kepastian dan ikut rentakku
  6. Noryn Aziz » Lagu Dasyat dan cinta 100%
  7. Hetty Sarlene » Lagu pencuri hati dan kemaafan dendam yang terindah
Manakala Nabil dah Jihan pulak, akan bawak lagu Aqilah. Tu antara lain apa yang dapat Fiza nyatakan untuk GV bagi minggu ke-6. Semoga Zamani terus mara ke final. Ramai aihhh peminat dia. Bak kata encik suami... Kalau Zamani tak muncul semalam, confirm ramai yang tak akan tengok GV lagi dah lepas ni. Betul tak? Hahaha....

3 Comments

  1. Replies
    1. Tu la, ingatkan dia betul-betul tarik diri. Rupanya tidak. Still nampak masih tak sihat lagi masa dia buat persembahan semalam Syaza. Apa-apa pun semoga dia terus sihat hendaknya. Menang atau kalah, itu adat pertandingan kan...

      Delete