Assalamu'alaikum...
Wakil Pra Sekolah Untuk Berucap | Pejam celik, pejam celik... Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun kedua dan tahun terakhir Alia berada di Pra Sekolah. 20hb nanti merupakan hari graduasi dorang.

Jumaat lepas, guru kelasnya whatsapp bagitau yang Alia akan berucap di atas pentas pada hari graduasi nanti. Teks ucapan dorang sediakan. Allahu akhbar... Lepas baca mesej cikgu kakak, perut Fiza jadi kecut. Dalam otak tak habis² berfikir. Boleh ke Kak Alia buat?... Dalam ligat otak bertanya, boleh pulak dalam masa yang sama... Sendiri menjawab. Hurmmm... Kalau tak boleh, kenapa pulak cikgu pilih dia untuk buatla kan. Apa² pun Fiza kena berfikiran positif. Kak Alia mesti boleh buat punya. In shaa Allah...

Teks ucapan budak prasekolah

Balik dari sekolah... Kak Alia bagi teks ucapan kat Fiza. Hurmmm... Nampak panjang jugak nak kena baca. So, Fiza pun mula mengatur stategi supaya kak Alia lancar berucap... Fiza bahagikan teks ucapan tersebut kepada empat bahagian... Iaitu mukadimah, dua perenggan isi dan satu penutup. Kiranya... Satu kaedah bagaimana nak menghafal sesuatu teks ucapan tu dalam masa yang singkat...

Semoga urusan kak Alia dipermudahkan hendaknya. Aamiin. Bukan mudah sebenarnya... Fiza sendiri pun, masa kat universiti... Bentang projek tahun akhir pun gugup... Sampaikan rasa nak terkencing pun ada. Haha... Inikan pulak, budak kecik macam Alia.

Apa²... Sebagai parents, Fiza kena berfikiran positif. Support kak Alia. Kan? Lagi ada seminggu untuk berlatih... Fuh! Fiza pulak berdebar-debar lebih haihhh...