Assalamualaikum,
Sinopsis Pujaan Hati Kanda Menggantikan Seribu Rindu | Siapa peminat slot akasia, berikut adalah sedikit informasi berkaitan akasia terbaru yang bakal bersiaran Disember nanti.

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
TARIKH TAYANGAN : Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish / Danny
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kasyah

If korang perasan, siapa yang ikuti drama lelaki kiriman Tuhan mereka digandingkan bersama sebagai hero dan heroin... Sekali lagi, drama ini jugak akan menemukan gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama.

Pujaan hati kanda
Sumber : Myinfotaip

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA
Based on sumber, pujaan hati kanda mengisahkan tentang Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut. 

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara dan Reena. Pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu. 

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Sumber : Myinfotaip

------------------------------------

Kalau baca sinopsis, sepertinya ia menarik untuk ditonton. Adakah drama ini mampu menarik hati penonton, kenalah save the date ok. Tak boleh tengok live, boleh je tengok online. Ada je yang share... Nanti. Betul tak?

#sinopsisakasia
#akasiaterbaru
#pujaanhatikanda

2 Comments

  1. Mira filzah makin fames tpi seriously aku sik kenal muka nya mun sikda dilabel nama😁
    Jarang tgk drama dah, mala je sikda masa

    ReplyDelete