Assalamualaikum, hai...
Sedap Tak Aiskrim Oreo Kon Terbaru Dari Nestle ? | Tadi, sekitar 3 petang encik suami ajak temankan dia ke sekolah. Ada kerja, lupa nak bawak balik. So, kami bertiga termasuk Alia dan Ain temanlah dia ke sekolah kejap. 

Balik dari sekolah, singgah kedai. Ain dan Alia nak makan aiskrim. Biasalah dorang... Dengan ayah, apa saje dorang mintak sah-sahlah dapat. Tapi, encik suami turut membeli aiskrim oreo kon untuk Fiza. Siap sorang satu ye.

Aiskrim oreo kon dari Nestle

Harga satu aiskrim oreo kon di tempat Fiza adalah RM3.60. Murah ke mahal. Kami dah lali. Tukar atau tak kerajaan, harga barang tetap mahal. Malas dah nak complain. Complain pun, lansung takde progress. Haipp!! Melalut pulak review heh. Ok! Tu part harga.

Part rasa pulak... SEDAP! Tapi sangat-sangat manis. Serius, Fiza tak boleh habiskan 1 kon tu yer. Sudahnya encik suami yang tolong habiskan. Hurmmm... Bila dah habis, encik suami siap buat penyataan... Haha.

Lepas ni tak nak belilah. Manis sangat.

Tu best on apa yang kami rasa ye. Lain orang lain citarasa. Mungkin ia sesuai buat mereka yang sukakan manis. Kan! Korang dah try tak aiskrim oreo terbaru ni?

0 Comments