Assalamualaikum, hai...
Apakah Kesudahan Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek | Hari Khamis, malam Fiza tak berkesempatan pun untuk menonton slot megadrama Cik Reen. Ngantuk sangat. Tapi, untuk megadrama Astro Ria 104, tak perlu risau kalau ketinggalan. Ada je ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi. Tak pun marathon full episod untuk one week pada hari Ahad.

 |    Kisah Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek   

Nak dijadikan cerita, pagi semalam selepas semua kerja rumah siap... Tepat 10 pagi, Fiza dan Ain dah terpacak depan tv. Semuanya dek kerana nak tahu bagaimana Haris pujuk Reen... Yang pasti, happy ending...

Masa Haris balik KL, Reen pulak ke rumah Atuk dan Neneknya di Terengganu. At the same time, mak Zaza call Haris. Paksa-paksa Haris supaya call Zaza. Haris tetap dengan pendirian dia untuk mencari isterinya. Disebabkan tak berjaya pujuk Haris, Mak Zaza sekali lagi call Reen dan paksa Reen untuk pujuk Haris ceraikan dia.

Semasa di rumah ibunya, Haris menerima panggilan dari Reen. Reen ajak Haris berjumpa. Tapi, malangnya pada hari sepatutnya mereka berjumpa... Zaza pulak yang muncul. Kemunculan Zaza adalah rancangan Reen. Haris agak terkejut. Namun, Zaza menyatakan pendapatnya demi untuk menjaga hati semua pihak. Akhirnya, Zaza memutuskan hubungannya dengan Haris.

Apalagi, Haris pun terus call Reen untuk menyampaikan berita gembira tersebut. Namun, Reen lansung tak teruja. Malah, siap ingatkan Haris supaya tidak menganggunya lagi. Egoiskan Reen. Kena jugak jual mahal. Hehe...

Walaupun Reen masih tak boleh terima dia, Haris tetap berusaha untuk mendapatkan isterinya balik. Akhirnya dengan bantuan dua anak didik Cik Reen, Haris mengetahui di mana lokasi Cik Reen berada.

Episod akhir cik reen encik ngokngek

Haris cuba meminta maaf, tapi Reen tetap dengan pendiriannya. Sampai satu tahap, Haris berenang ke laut dan buat-buat lemas... Barulah Cik Reen dapat memaafkan Haris. Kisahnya tamat apabila Haris dan Reen duduk berdua di tepian pantai sambil menikmati keindahan malam.

 | Pandangan Peribadi Tentang Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Pada Fiza, drama ni walaupun melibatkan kisah cinta tiga segi... Tapi menariknya apabila ia digarabkan dengan kisah lucu Haris dan Reen selepas bergelar suami isteri. Selain tu jugak, walaupun first time tengok Hanesya Hanee berlakon. Not bad, dia berjaya bawak watak Zaza walaupun mungkin ada part agak mendatar. So far so good la. Boleh lagi layan.

Next week, drama isteri untuk disewa bakal bersiaran dan dramanya menggandingkan Fattah Amin dan Tiz Zakyah. Hurmmm... For those yang minat lakonan dorang, bolehla tengok nanti. Save the date ok! :-)

Have a nice day. Selamat berhujung minggu semua.