Assalamualaikum, hai...
Aiskrim 1 Malaysia Buatan Sendiri | Anak-anak sememangnya suka sangat #aiskrim. Dah berkali-kali Alia dan Ain request. Akhirnya, harini baru berkesempatan untuk membuat sendiri di rumah.

Sebenarnya, lagi bagus buat sendiri daripada membeli. Yelah! Pertama, kita yakin... Air yang kita guna adalah air yang telah dimasak. Then, kita boleh buat pelbagai perisa ikut suka kita. Kan!

Kekadang, ada yang dijual... Rasanya terlalu manis. Tapi, kalau kita sendiri buat. At least kita boleh adjust tahap kemanisannya mengikut kesukaan kita. That why, better buat sendiri. Kan? 

Kalau tempat Fiza, satu aiskrim oreo dijual dengan harga limapuluh sen satu. Kalau empatlima kali beli... Dah berapa ringgit kan. Haha... Dasar kedekut sungguh. 

Aiskrim 1 Malaysia

Bukan pasal kedekut... Tapi, kita boleh berjimat kan bila buat sendiri. Hehe... Bukan sahaja Alia dan Ain yang nak aiskrim. Encik suami pun nak. Siap tolong bancuh susu kopi, milo susu dan asamboi lagi.

Alih² Fiza gurau kat dia... Anak ke bapak yang nak aiskrim. Sudahnya dia ketawa berdekah-dekah sambil tolong Fiza ikatkan plastik aiskrim. Haha...

Well, itu adalah antara aktiviti weekend kami untuk minggu ni. Lain² aktiviti, ada masa... In Shaa Allah, nanti update ok.

Selamat berhujung minggu semua. Malam nanti Fiza blogwalking ye. Banyak benau hutang blogwalking... Huhu.

11 Comments

  1. Cheq pun layan ja aiskrim Malaysia ni, paling suka perisa neslo pekat buatan sendiri 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. O... Tak pernah lagi try neslo. Idea bagus tu. Nanti Fiza try buat. Thanks tau...

      Delete
  2. Replies
    1. Jom Nieza... Kita buat dan layan dengan anak². Hehe...

      Delete
  3. Ais krim Malaysia ni legend terutamanya yang perisa Milo. kita suka sangat.

    kita singgah blogwalking and follow di sini ya.
    Jika berkelapangan singgah lah blog kita

    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Milo jugak menjadi pilihan nombor 1. Hehe...

      Thanks tau sudi singgah dan follow blog Fiza. Selamat berkenalan 😊

      Delete
  4. Kat opis gila makan eskrim tok, kamek endang peminat setia samboi. Nok bercoki2 semua ea blm berani mauk try, gik setia ngan samboi 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita. Kamek pun suka asamboi.... Mun molah wajib ada. Haha...

      Delete
  5. Replies
    1. Hehe... Teringat kan masa kanak². Balik dari sekolah mesti beli.

      Delete
    2. Betul tu, lagi satu ais krim pernah jadi produk pertama zumal berniaga masa darjah 6

      Delete