Assalamualaikum, hai...
Sinopsis Mawar Murni, Samarinda TV3 Terbaru Menggantikan Bahagia Bukan Bidaan | Malam ni drama terbaru berjudul Mawar Murni akan bersiaran pada jam 10 malam. Drama 15 episod ini akan dibarisi oleh para pelakon seperti :-
  1. Mimi Lana sebagai Mawar
  2. Fasha Sandha sebagai Murni
  3. Saharul Ridzwan sebagai Harris
  4. Amar Asyraf sebagai Qalif
  5. Ridzuan Hashim sebagai Aziz
  6. Wan Nor Azlin sebagai Ramona
  7. Watie Sadali sebagai Mahani
  8. Wanna Ali sebagai Keisha
  9. Kazar sebagai Halim
  10. Izzy Reef sebagai Haziq 

Mawar Murni, drama selepas bahagia bukan bidaan

Sinopsis Drama Mawar Murni TV3

Based on sumber, drama ini mengisahkan tentang Aziz (Ridzuan Hashim), seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi pelbagai konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona (Wan Nor Azlin)  dan Mahani (Watie Sadali). Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif (Amar Asraf) dan Keisya (Wanna Ali) .

Murni (Fasha Sandha) merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga.

Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya sangat misteri kerana hasil daripada pemeriksaan, dia dipercayai diracun oleh seseorang. Siapakah orang tersebut? Dan apakah tujuannya? 

Sumber : Myinfotaip

Kenalah tengok sendiri malam ni. In shaa Allah, kalau ada masa bolehla layan... Kan? 

#samarindaterbarutv3
#mawarmurni

3 Comments

  1. Alamak cerita bermadu lagi, madu 3, cfrm lelah nanga cdak tok kelaiie kelak 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi, kamek pun x sempat nak nangga juak malam tadik. Ni... Semua mok nangga cik reen mr. Ngokngek... Lucu 😂

      Delete
  2. semalam baru pertama kali tengok drama tu. haha. masa tu dah agak dah murni tu isteri aziz jugak. tak sangka rupanya betul. haha

    ReplyDelete