Assalamualaikum, hai...
Nama Terpanjang dan Nama Paling Popular Didaftarkan Oleh JPN Malaysia 2018 | Lepas lunch dan tidurkan Nur Ain, Fiza ambik masa yang ada untuk membaca online news. #trending di berita harian mencuri pandangan Fiza untuk membaca hingga noktah yang terakhir. Selalunya, #beritaterbaru akan mendapat share yang banyak di socmed. Kan! Dan antara berita yang menarik hari ini selain daripada kematian 6 pegawai bomba... Berita di bawah JPN jugak sangat menarik untuk dibaca... Dimana berkaitan dengan nama yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Di mana, nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian diiktiraf sebagai nama terpanjang yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tahun lalu. Pada 2014, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam.



Nama terpanjang itu diumumkan oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara 2018 semalam.
Manakala nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN pulak ialah Ismail iaitu sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah (47,989). Nama wanita yang paling popular pula ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).
Manakala untuk satu-satunya pemilik nama yang tidak ada persamaan dengan mana-mana individu pula ialah Mohd Azis Jamman iaitu milik Timbalan Menteri Dalam Negeri.
-------------------------------
Berkaitan dengan nama terpanjang tu... Allahu Akhbar, naik semput nak menyebutnya sampai ke hujung. Apa ye motif bagi nama anak sepanjang tu? Nanti di Sekolah, payahlah cikgu nak masukkan nama dia dalam senarai... Mesti table nampak tak cantik. Kan!
Orang kata, kalau nama anak panjang sangat daripada nama bapanya... Anak tersebut dikatakan seorang yang degil. Betul ke tak? Wallahualam.

Nice info.

16 Comments

  1. aduhai nama anak...
    panjangnyaaa,kalah nama nieyl yg panjang ni..

    ReplyDelete
  2. panjang nyaa.. ni kalau dah besar nak akad ni kena tarik nafas sepanjang panjangnyaa bakal si suami tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Kan! Nayalah siapa jadi suami dia nanti.

      Delete
  3. Sik fhm kamek kena harus simpan pjg gilak, 3 huruf dh kira pjg, apa ke endak keda tok cfrm konpius ney dolok ney dudi namanya 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah... Kamek pun eran pelik ada jak engkah panjang-panjang. Alu famous olehnya. Haha...

      Delete
  4. panjangnyaa rajin mak ayahnya letak hhi

    ReplyDelete
  5. tedah anak ya.. nak nulis nama di buku, kertas exam kelak.. alu abis masa nulis nama driknya pun jak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam nindak ka... Nak lorek nama rah kertas jawapan. Tedah lok...

      Delete
  6. Replies
    1. Haha... Bila cuba nak sebut, Rasa seperti tak sampai ke hujung namanya...

      Delete
  7. panjang nya nama
    mcm mana nak akad nikah tu nantikan
    hihi

    ReplyDelete
  8. Kesian bakal suaminya nak menyebut masa akad nikah nanti 😅

    ReplyDelete
  9. 4 ke 5 orang boleh pakai salah satu antara 1 nama yang panjang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Satu nama tu boleh dibuatkan untuk 4 ke 5 orang. Panjang sangat. Huhu...

      Delete