Assalamualaikum, hai... 
Mangga Cicah Cencaluk Pun Sedap | Di tempat Fiza sekarang ni musim buah mangga. Fiza pulak hantu mangga. Pantang tengok mangga mesti nak beli. 

Alhamdulillah, harini beli RM2... 5 biji, cukuplah untuk buat ulam makan tengahari. Fiza bila dapat ulam, menu lain memang tolak tepi. Hehe... 

Buah mangga muda cicah cencaluk

Actually, apa yang Fiza tahu... Mangga pun banyak kelebihannya. Antaranya ialah :-

#1. Mencegah Kanser
Based on sumber, penyelidikan telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga membantu melindungi daripada kanser kolon, kanser payudara, leukemia dan kanser prostat. Sebatian-sebatian ini termasuk quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, asid Gallic dan methylgallat, serta enzim yang banyak.

#2. Merendahkan kolestrol
Selain itu, mangga juga dikatakan mengandungi tinggi serat, pektin dan vitamin C membantu untuk menurunkan paras kolesterol , khususnya Low-Density Lipoprotein (bahan yang tidak baik).

#3. Meningkatkan sistem imun
Kemudian,  jumlah vitamin C dan vitamin A dalam mangga, ditambah 25 jenis karotenoid juga dikatakan dapat menjaga sistem imun kita agar sihat dan kuat.

Tu antara 3 kebaikan paling penting yang ada pada buah mangga. Dulu... Fiza pun tak suka makan buah mangga, dalam otak mesti ingat... Mangga muda mesti masam... Bila dah sekolah menengah... Fiza join study group kengkawan... Bila dah berkumpul... Belajar pulak di laman rumah... Nampak pulak buah mangga, buah jambu... buah durian belanda... Apalagi, seronoklah ramai-ramai makan buah cicah kicap letak cili, letak gula... Pergh!!! Menggamit kenangan sungguh. Boleh meleleh air liur, bila mengingatkan. 😂😂😜

Now, semuanya dah berkeluarga... Masing-masing sibuk. Lansung tak berjumpa dah. Hurmmm... 

Tetiba pulak teringatkan dorang. Apa-apa pun, start situla Fiza mula menyukai mangga muda sampailah sekarang ni. 

#buahmangga
#manggamuda

6 Comments

  1. Aduhh nangga post tok memlm hari molah rasa mau ngupak mangga di dpr, mkn dgn belacan kicap asamboi. Nyaman lalu ea

    ReplyDelete
  2. kmk x pandei mkn cencaluk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedak laki kamek la ya masa mula² kawin. Tapi kinek tok boleh dahnya makan... Tapi sikla sampey berianya nak makan. Hehe...

      Delete
  3. Kecor ailioq cheq.....okey satgi nak pi kupas mempelam sala muda yang ada tergantung di pokok di laman rumah tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tengok buah²an masam tak sah tak kecor ailioq kan... Fuh! 😂

      Delete