Assalamualaikum, hai... 
Episod Akhir Bahagia Bukan Bidaan Di Luar Jangkaan! | Malam ni, sambil lipat kain... Sambil tu jugak layan drama bahagia bukan bidaan.

Agak terkejut jugaklah scene malam ni. Ingatkan orang yang ugut Hana semalam adalah Talha. Yelah! Dia kan obses dengan Hana. Tapi bukan... Rupanya ex-husband dia sendiri, si Azlan. Hurmm... Kes gila talak oiii... Padahal, apa yang berlaku semuanya berpunca daripada dia. Kenapa perlu kacau Hana lagi, sedangkan dia dah ada isteri baru dah pun. Kan! 

Kredit : AnganPenaStories

Apa yang dapat Fiza simpulkan mengenai drama ni... Dalam rumahtangga, point utamanya adalah menerima pasangan kita dengan seadanya. Bahagia tidak dapat dibida... Tapi, bahagia boleh dicapai seandainya kita memilih untuk menjaga kerukunan rumahtangga kita. Nak cari yang perfect... Memang payah. Ada ke? 

Pokok pangkalnya... Pilihan di tangan kita. Setiap pilihan, pasti ada kesan positif dan negatifnya... Kena fikir dulu kesannya sebelum membuat keputusan. 

Tengok sajalah si Azlan, bila Aina isteri keduanya tak reti urus rumahtangga... Dia kawin lagi satu dengan si Kartini. Bila stress sikit, anak pulak jadi mangsa untuk melampiaskan amarah. Macam tu ke sikap seorang ketua keluarga... 

Haha... Emosi pulak Fiza tengok watak si Azlan. Bila tengok ex-wife bahagia, Dia pulak yang meroyan. Pelik sungguh. 

That why, dalam hidup kita kena belajar bersyukur. Ramai lagi orang tak kawin. Takde anak. Sedangkan dia... Dahla isteri cantik, baik... Dapat pulak bagi zuriat. Nikmat apalagi yang dia nak dustakan. Kan! Orang tamak memang selalu rugi. 

Tapi, Allah Maha Adil... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari, tapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah...
Itulah yang terjadi pada Hana. Setelah peritnya ditinggalkan Azlan... Allah hadirkan Nik dalam hidupnya. Nik begitu mencintai Hana. Sweet couple okeh! 

Not bad lah drama ni. Fiza layan pun sebab ost lagu drama ni best. Haha... 

1 Comments