Assalamualaikum, hai...
Agen Gdex Di Betong, Sarawak | Alhamdulillah, item kedua dan ketiga hasil daripada tebusan voucher untuk Shopathon Blogger Contest Fiza dah pun selamat sampai. Kali ni, pengeposan items tersebut menggunakan Agen Gdex.

Alamat agen gdex di betong sarawak

Petang Ahad, agen Gdex sms Fiza bagitau ada parcel sampai... Dan dia mintak Fiza collect sendiri di kedai. Disebabkan hujan dan lagi pulak semalam encik suami kerja. So, sekali harung... Mintak tolong encik suami jelah pegi ambik parcel tersebut.

Untuk makluman, di Betong Sarawak... Kedai agen Gdex terletak bersebelahan dengan market basah pasar lama, Betong dan tak jauh daripada kedai G-MART. Berikut adalah gambar kedai dan alamatnya :-

Kedai agen gdex di betong sarawak

Madam Vun,
Kedai No.61, Pasar Lama,
Betong, Sarawak. 

Review Items Hasil Tebusan Voucher Shopathon Blogger Contest

Buku 366 kisah rasulku muhammadBuku word search 400 mukasurat

Untuk second and third items tebusan voucher, Fiza pilih dua jenis buku iaitu :-
  1. Buku Joyful Word Search
  2. Buku 366 Kisah Rasulku Muhammad
Kedua-dua buku tersebut edaran dari Edukid Distributors Sdn. Bhd. Even, ada yang bagi feedback di lazada... Kata, dorang beli buku ni lambat sampai dua minggu. Tapi, Fiza tetap jugak nak membeli. Alhamdulillah, so far tak sampai seminggu dah sampai... Mungkin, disebabkan feedback dari customers sebelum ni kot... That why, mereka hantar dengan cepat rasanya. Alhamdulillah, Semuanya dipermudahkan. 

Buku pun sampai dalam keadaan yang baik, takde sebarang kerosakan. Malah isinya pun menarik. Alhamdulillah... Lepas ni bolehlah baca 1 hari satu kisah Rasul untuk Kak Alia dan Ain. In shaa Allah.

Secara keseluruhannya, tiada sebarang masalah yang dihadapi. #teamlazada memang terbaik. Terima kasih buat mereka yang terlibat.

#agengdexbetong