Assalamualaikum, 
Selamat Petang.

Review Drama Neraka Kasih Maisarah | Semalam sempat jugak tengok drama Neraka Kasih Maisarah. So far, jalan ceritanya juga berkisar tentang isu semasa... Anak lahir luar nikah.

Kisahnya bermula di sebuah kampung, tinggal seorang bidan bernama Midah yang cukup terkenal dengan ilmu pebidanannya. Mempunyai seorang anak perempuan yang bekerja di luar kota... Bernama Maisarah.

Mak Midah suka membantu ibu-ibu yang ingin melahirkan anak. Tak kiralah anak sah taraf mahupun tidak. Tapi, Mak Midah tak kan sesekali membantu kes-kes menggugurkan kandungan... Walaupun, yang datang itu adalah anak sahabatnya sendiri.

Namun, satu sikap yang tak baiknya Mak Midah... Dia selalu menghina orang lain yang tak reti jaga anak... Sampai mengandungkan anak luar nikah. Allah itu Maha Berkuasa, lagi Adil... 

Di Kuala Lumpur, Maisarah mengenali seorang lelaki bernama Zaquan melalui facebook. Empat kali berjumpa, membuatkan Sarah termakan pujukannya. Akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina... Apabila Sarah sudi dibawa oleh Zaquan ke sebuah hotel.

Setelah 7 minggu berlalu selepas kejadian itu, Maisarah mengandung... Maisarah menjadi tak tentu arah. Kerja di pejabat semuanya tak terurus dan terbengkalai. Zaquan pulak tidak mahu bertanggungjawab. Akhirnya, Sarah dibuang kerja. Nak atau tidak dia terpaksa hadapi dugaan yang mendatang.

Akhirnya, Sarah balik kampung. Melihatkan keadaan perut Sarah. Gembira bertukar benci. Mak Midah begitu marah dengan Sarah... Sudahnya Sarah dikurungkannya di bangsal tepi rumah... Dengan harapan tiada orang kampung yang mengetahui akan perihal Sarah. Saban hari kandungan Sarah semakin membesar, namun kehidupan Sarah hanyalah di dalam bangsal tepi rumah... Sehinggalah seorang bayi perempuan dilahirkan.

Disebabkan tidak mahu orang kampung tahu, tanpa Sarah sedari... Mak Midah telah memberikan anak Sarah kepada Budin dan isterinya. Mereka begitu gembira. Namun, ia membuatkan Sarah kemurungan seperti orang gila... Saban hari dia meracau menanyakan di mana anaknya.


Drama neraka kasih maisarah arahan along kamaludin

Suatu malam, Sarah lari bawak kain yang konon anaknya yang demam. Di hentian bas, Leman terpandang Sarah. Dek kerana marahkan Mak Midah yang selalu memaki hamun dia... Leman cuba untuk memperkosakan Sarah. Namun, nasib malang menimpa Leman. Dia pengsan dek kerana pukulan kayu oleh Sarah. Semasa Sarah cuba melarikan diri, dia terdengar tangisan bayi di rumah Budin.

Tanpa pengetahuan isteri Budin, Sarah telah membawa lari anaknya. Seluruh kampung mencari Sarah. Namun, ibunya masih lagi menyembunyikan cerita Sarah yang sebenar... Sampailah satu tahap, Sarah ditemui dan lari di sebuah jambatan. Sekali lagi, Sarah berpisah dengan anaknya apabila Budin merampas bayi di tangan Sarah... Masa tulah Mak Midah membuat pengakuan apa sebenarnya yang telah berlaku. Semua yang berhampiran dengan mereka tergamam. Namun, mereka tetap berlalu pergi.

Seminggu berlalu, anak Sarah asyik meragam di rumah Budin. Melihatkan keadaannya begitu. Budin dan isterinya dengan rela hati memulangkan bayi itu kepada Sarah. Neraka kasih Maisarah berakhir dengan suasana Sarah memeluk anaknya.

PANDANGAN PERIBADI TERHADAP DRAMA NERAKA KASIH MAISARAH TV3

Pada Fiza, drama tersebut lebih kurang sama dengan drama apabila terbit fajar. Cumanya, berbeza dari segi sikap ibu Sarah yang lebih teruk. Walaupun dia seorang bidan yang tidak mahu membantu kes² menggugurkan kandungan, tapi dia suka memarahi tetamu yang membawa anak mereka yang mengandung di luar nikah ke rumah. Kononnya tak reti jaga anak.

Apabila diuji dengan perkara yang sama berlaku kepada Sarah. Dia tidak dapat menerima kenyataan, malah dia melayan Sarah seperti sampah.

Selain itu, pengajaran yang paaaalinggg... penting, ialah apabila keluar berjumpa lelaki. Pada Fiza kenalah berteman. Jangan mudah percayakan lelaki selagi belum berkahwin. Kalaulah betul dia nak kan kita, pastinya dia jugak turut menghormati kita sebagai perempuan. Malah akan menjaga meruah kita... Dan tak kan sesekali menyentuh kita. Percayalah!!! cakap Fiza.

So far, pada Fiza nak kata menarik... Takdelah menarik sangat drama ni. Biasa-biasa je... Yang penting bukan drama cinta segi. Hehe... Bolehla... 7/10 skala rate Fiza bagi. Apa-apa pun, itu hanyalah pendapat orang biasa seperti Fiza.