Assalamualaikum, hai...
fizacrochet.com - Selepas encik suami dan Alia dah pergi ke sekolah. Rutin harian Fiza mesti tengok berita pagi jam 7 dulu baru kemas rumah.


Jepun dilanda taufan jebi terburuk

Berita pagi ni yang menggemparkan...

Jepun dilanda taufan Jebi. Jebi membawa maksud 'telan' dalam bahasa Korea ialah insiden cuaca terburuk melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun, sehingga meragut nyawa.

Jepun terpaksa mengeluarkan nasihat berpindah kepada hampir 300, 000 penduduk dan membatalkan beratus penerbangan berikutan angin kencang dan hujan lebat akibat taufan Jebi di bahagian utara Tokyo.

Bila tengok video taufan Jebi yang disiarkan di tv... Fiza jadi takut. Betapa besarnya kuasa Allah, bila² masa je... Bila Allah berkehendakkan sesuatu berlaku. Ia akan tetap berlaku. Sekelip mata je musnah. 

Allahu Akhbar...

Apa-apa pun,  semoga tragedi itu berakhir dengan cepat. Diharapkan semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat. Aamiin... 

#Beritaterbaru
#Taufanjebi