DIA YANG MENULIS

SINOPSIS TELEFILEM KILAS ASTRO CITRA


Assalamualaikum, hai...
SINOPSIS TELEFILEM KILAS ASTRO CITRA - Malam ni, for those yang tak tahu nak buat apa... Bolehla menonton telefilem bertajuk 'KILAS' di Slot Citra Exclusive di Astro Citra dan Mustika HD.


Kilas
Kredit : Myinfotaip

Telefilem terbitan KL Motion Pictures dan penulisan skrip oleh Nik Naemah Nik Mahir ini mengisahkan tentang Amran yang mengambil hantu raya bagi menggantikan dirinya yang akan keluar negara sebagai alibi bagi menutup kegiatan jenayah yang telah dilakukannya.

Masalah timbul apabila hantu rayanya mula jatuh cinta pada isteri Amran. Apakah yang berlaku? Adakah isteri Amran juga jatuh cinta dengan hantu tersebut... Sama² kita saksikan nanti ok!

Antara pelakon yang terlibat dalam menjayakan telefilem kilas adalah seperti Aiman Hakim, Budi Citawan, Rania Humairah, Mustaqim Mohamed dan Haeriyanto Hassan.

Macam menarik ceritanyakan. Hantu jatuh cinta dengan manusia. Apa² pun... Selamat menonton semua.

#Kilas
#AstroCitra

Post a Comment

2 Comments