DIA YANG MENULIS

Siapakah Yang Tersingkir Pada Minggu Ke-8 Dai Nusantara, Musim Ke-6?


Assalamualaikum, hai...
Siapakah Yang Tersingkir Pada Minggu Ke-8 Dai Nusantara, Musim Ke-6? | Alhamdulillah, Semalam... Berkesempatan jugak menonton da'i nusantara untuk minggu ke-8. Minggu ni, persembahan dorang bertemakan 'bila hati berbicara' dan berikut adalah tajuk bagi setiap persembahan da'i :-
  1. #daihaziq dengan tajuk seorang perempuan menangis
  2. #daisyahmi dengan tajuk halalkan rezekiku
  3. #daiimran dengan tajuk sempurnakan aku
  4. #dairaisyah dengan tajuk amalan yang ditolak
  5. #daiadam dengan tajuk lanun moden
Alhamdulillah, untuk minggu ni... Fiza suka dengan tajuk yang dibawa oleh dai syahmi berkaitan halalkan rezekiku dan ia dibincangkan dalam bentuk yang begitu santai.

Kekadang kita pun terlepas pandang waktu kita bekerja. Dek kerana lambat, kita selalu suruh orang lain punch card. Dek kerana terlalu mengejar duit... Kita berniaga pada waktu bekerja. Dek kerana berasa selesa, bos pijak semut pun tak mati... Kita asyik bersembang di celah pantri. Cukup jam, tutup office... Sampai masa, hujung bulan dapat gaji. Setimpal ke kerja yang kita buat dengan gaji yang kita dapat?

Pernah tak terfikir akannya. Halalkah rezeki yang kita suapkan ke mulut family kita? Bermakna, kita kena selalu mengingatkan diri tentangnya... Kerana, ayat² Al-quran dan riwayat² hadis dan athar para sahabat yang sentiasa menjadi rujukan, antaranya :-
Hadis yang diriwayatkan dari Abu Bakar ra ada dua jalan, yang pertamanya yang bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh dari sumber wang yang nerakalah yang layak baginya." (riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya), manakala riwayat yang lain bermaksud: "Tidak akan masuk syurga tubuh badan yang membesar dengan sumber yang haram." (riwayat al-Khatib al-Tabriziy di dalam Miyskah al-Misbah)

Maksud hadis ini ialah tubuh badan atau daging yang membesar bersumberkan pendapatan haram maka di akhirat kelak sebagai balasan neraka jahanamlah tempat baginya sebagai balasan. Ini kerana Allah SWT mengharamkan setiap yang kotor serta sumber pendapatan yang melanggar syarak sebagai haram, sedang Allah SWT memerintahkan orang Islam hanya memakan yang baik lagi jelas halalnya.

Allah SWT memerintahkan hamba-hambanya yang benar-benar beriman agar menjadikan yang halal sahaja sebagai makan rutin harian. Ini kerana sumber rezeki atau pendapatan yang haram bukan sahaja melayakkan seseorang itu menjadi penghuni syurga bahkan turut memberi kesan kepada kelakuan manusia - sumber : utusan

Allahu akhbar, betapa hebatnya balasan bilamana rezeki yang kita makan adalah hasil daripada rezeki yang tidak halal. Semoga ia bermanfaat buat kita semua sebagai peringatan diri supaya lebih berhati-hati dan selalu check diri.

Walaubagaimana pun, dai syahmi juga tersenarai dalam 3 dai terbawah yang memiliki markah terendah... Diikuti dai raisyah dan dai haziq.

Manakala dai pilihan penonton pulak adalah #daihaziq, #daiimran dan #daiadam.

PROSES PENYINGKIRAN DAI NUSANTARA MUSIM KE-6 UNTUK MINGGU KE-8

Bagi proses penyingkiran pula... Dai yang mempunyai markah terendah perlu melalui proses imtihan dengan menjawab soalan secara spontan yang diajukan oleh juri tetap... 

Namun... Apa yang mengejutkan jugak... #daiamirul turut diberi peluang masuk oleh murabinya untuk melalui proses tersebut. Disebab Amirul masuk... Haziq terselamat. Selepas proses imtihan... Dato' Rosyam Nor dengan berat hati mengumumkan peserta yang tersingkir.

Mula² Fiza ingatkan dai syahmi yang tersingkir sebab... Tengok masa menjawab soalan secara spontan pun... Dia seperti tidak yakin dengan jawapannya.

Namun, rezeki tidak memihak kepada dai raisyah. Akhirnya dia tersingkir jugak pada minggu ke-8. Apa² pun Fiza respect kat dai raisyah... Walaupun dia, dai paling muda berumur 18 tahun, tapi dia begitu bersemangat dalam melontarkan hujah. Bukan dai raisyah sahaja yang tersingkir... Tapi dai amirul jugak turut tersingkir.
Kredit : 7klik.com
Bermakna, hanya 4 peserta yang akan mara ke pusingan separuh akhir pada minggu ke-9 dan mereka terdiri daripada dai adam, dai syahmi, dai imran dan dai haziq. 

So, take note... Save the date. Next week mesti tengok. In Shaa Allah.

Post a Comment

1 Comments