Assalamualaikum, hai...
Nasihat Suami Bila Menulis Blog | Alhamdulillah, selagi apa yang Fiza buat tidak melanggar Agama dan adat... Encik suami tak pernah melarang Fiza untuk menulis blog... Kerana dia tahu... Itu adalah minat Fiza dari dulu lagi. Kalau tak kerana minat, masakan boleh bertahan sampai 8 tahun. Masa mula² ada blog, banyak nasihat suami berikan... Antaranya ialah :-

Panduan menulis blog

  1. Jangan sesekali berkongsi masalah rumahtangga di media sosial. Banyak buruk daripada baiknya. Yelah! Walaupun rambut sama hitam, tapi pandangan tetap berbeza dan tak semua orang baik. Kekadang ada jugak yang sanggup ambik kesempatan di atas kelemahan orang lain. 
  2. Kemudian, bila melontarkan pendapat biarlah menjaga kata-kata. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata... Badan binasa. Kena beradap walaupun hanya sekadar di alam maya. That why, bila Fiza takde idea untuk memberi komen. Fiza lebih suka menjadi silent reader.
  3. Dulu²... Masa mula-mula menulis blog, Fiza banyak berkongsi pasal anak-anak. Bila suami tegur. Fiza cuba kurangkan. Ada baiknya bila kita menghadkan kisah anak-anak. Semuanya tentang pilihan. Tapi, Fiza masih jugak update... Cumanya agak terhad. Fiza hormati kehendak suami Fiza. In shaa Allah. Don't worry, be happy...
  4. Tulisan biarlah perkara yang benar dan mengarah kepada kebaikan. Jangan sesekali menyebarkan benda yang tidak sahih. Itu akan mendatangkan padah. Tak pun... Dosa percuma yang kita dapat.
  5. Dan terakhir sekali... Hargai hasil kerja orang lain. Andainya ada maklumat yang diambil daripada mana-mana laman. Kenalah kreditkan... 
Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza still mengingati nasihat encik suami... In Shaa Allah, selagi hayat di kandung badan... selagi Fiza mampu menaip... Fiza tak akan lupa akannya... 

Wallahualam... 

2 Comments

  1. betul tue.. Apa yg ditulis pun akan menjadi bekalan pahala atau dosa kita.. Terima kasih atas nasihatnya :D

    ReplyDelete