Assalamualaikum, hai...
Minggu Ke-10 Da'i Nusantara Musim Ke-6 | Semalam sempat jugak layan minggu separuh akhir untuk Da'i Nusantara musim keenam. Sangat hebat... Persembahan 4 peserta dai yang tinggal berkonsepkan pedebatan. Walaupun perdebatan itu menunjukkan perbezaan pendapat. Tapi, ia begitu lancar dipersembahkan tanpa menunjukkan emosi dalam persembahan. Fiza suka kombinasi #daiadam dan #daiimran... Pedebatan mereka sungguh hebat dengan isi-isi yang bernas... Malah disampaikan dalam keadaan yang tenang.

Isu yang mereka sampaikan juga dekat dengan kehidupan kita hari ini... Iaitu media sosial, mampukah ia menyatukan perpaduan umat manusia?. Pada Fiza tiada yang mustahil andainya setiap dari kita mahu menanam sikap menghormati orang lain tanpa ada rasa benci dalam diri. Kemudian, tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih... Kerana itu adalah kunci kepada perpecahan. Salah sebar, buruk padahnya. Bersama-samalah kita beringat.

Dai tersingkir pada minggu separuh akhir
Kredit : 7klik.com

Di penghujung rancangan, seperti biasa... Pastinya ada slot penyingkiran. Mulanya Fiza ingat #daihaziq yang akan tersingkir... Sebabnya persembahan dia semalam sangat tidak konsisten dan hujah-hujah yang disampaikan pun agak tidak tersusun. Namun, apakan daya... Rezeki sudah pun tertulis... Lagi pulak, juri lebih arif untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk ke Final. Akhirnya #daisyahmi jugak yang tersingkir pada minggu ke-10 Dai Nusantara musim ke-6.

Daripada apa yang Fiza perhatikan... #daiadam dan #daiimran berpontensi untuk menjadi juara dai musim ke-6. Tapi, itu hanyalah andaian Fiza sahaja. Nak tahu siapa juara dai musim keenam, kenalah tengok minggu final nanti... Kan?

Selesai rancangan dai... Mata tak ngantuk lagi, layan pulak drama TALAK lakonan isteri Farid Kamil dan Fizo Omar. Actually, based on apa yang Fiza dapat di enjin carian... Ternyata, drama tersebut pernah ditayangkan pada tahun 2015. Hurmmm... Rasanya Fiza tak pernah lagi tengok jalan ceritanya. So, layanlah jugak sambil minum secawan susu omega plus. Hehe...

Kredit : nurfarhanaabdullah.blogspot.com

Daripada apa yang Fiza tengok, drama TALAK mengisahkan tentang kehidupan rumahtangga Badrul (Fizo Omar) dan isterinya Yasmin (isteri Farid Kamil) yang hilang rasa percaya pada pasangan dan akhirnya membawa keretakkan dalam perhubungan. Yasmin sibuk dan selalu keluar dengan Mukriz kawan rapatnya sejak dari kecil lagi. Keluar tanpa pengetahuan suami, pastinya akan mendatangkan rasa curiga yang tinggi. Walaupun hanya sekadar kawan, tapi itu bukan tiket untuk keluar sesuka hati. Bila hari-hari ianya berlaku tanpa disedari... Akhirnya Badrul membuat syarat yang sungguh mengejutkan... Di mana, jika salah seorang tidur dengan orang lain... Maka jatuhlah talak.

Jangan main-main dengan talak... Walaupun perjanjian syarat. Ia tetap sah. Apa yang berlaku... Tanpa disedari, bukan Yasmin... Tapi Badrul yang telah tidur dengan Rina rakan baru sepejabatnya... Yang akhirnya membuatkan Rina mengandung. 

Nasi sudah menjadi bubur... Di saat Yasmin ingin berhenti kerja dan mahu fokus dengan rumahtangga, semuanya berakhir apabila Rina sendiri membuat pengakuan. Kisah TALAK berakhir dengan penceraian di antara Yasmin dan Badrul.

Sangat sedih, namun itulah pengajaran buat kita semua. Sebagai isteri yang baik, setiap apa yang kita buat kenalah di bawah pengetahuan suami. Begitu jugak si suami... Jangan sesuka hati berkongsi masalah rumahtangga kita dengan orang luar yang baru kita kenali... Lebih² lagi kepada kaum bukan sejenis. Kekadang, ada manusia yang sanggup ambik kesempatan di atas masalah orang lain. Kena beringat sebelum kena. Wallahualam...

Dua rancangan berbeza, namun miliki pengajaran yang luar biasa. Moga menjadi ikhtibar buat diri dan keluarga.

#daimusimke6
#dramatalak

0 Comments