Assalamualaikum, hai...
Lagu Dan Scene Bahagia Bukan Bidaan Menjadi Kesukaan Penonton | Tengok tak episod 12 semalam? Sedihkan... Isteri Nik, Aileen akhirnya meninggal dunia disebabkan kanser. Walaupun watak Aileen hanya muncul dalam 2 episod, tapi ia turut memberi impak sedih buat yang menonton... Lebih-lebih lagi part Aileen menghembuskan nafas yang terakhir. Huhu... Cumanya, watak dia tidak cukup kuat... Dan ia membuatkan kita yang menonton terkasima sekejap... Yelah! Sekejap sangat kan watak dia muncul... Tengok-tengok meninggal macam tu je.


Episod 12 bahagia bukan bidaan

Takpelah... Yang penting, Hana menerima Nik dalam hidupnya. Mesti minggu akhir next week adegan sweet kan antara Hana dan Nik. Last scene dalam episod 12 pun dah membuatkan ramai yang bersemut. Inikan pulak episod 13, 14 dan 15 nanti. Kan?

OST LAGU SANG PEMILIK HATI NYANYIAN RONNIE HUSSIEN

OST Lagu pun best... Actually, lagu part Hana ajak Nik makan semalam adalah lagu sang pemilik hati nyanyian Ronnie Hussien. Best sangat... Sesuai dengan jalan cerita ni...

KLIP VIDEO EMBED CODE YANG BERLIRIK, LAGU SANG PEMILIK HATI OLEH RONNIE HUSSIEN DALAM DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN


Lirik Lagu Sang Pemilik Hati – Ronnie Hussein

Wahai sang pemilik hati
Yang selalu aku rindui
Pada setiap senyuman dan sentuhan
Kau ajarkan aku erti bernyawa

Hati ini jiwa ini
Selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti

Sempurnanya aku
Bahagia aku kamu

Demi masa
Demi rasa cinta
Seluruh nyawa untukmu

Hati ini jiwa ini
Selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti

Sempurnanya aku
Bahagia aku kamu

Hati ini jiwa ini
Selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti

Sempurnanya aku
Bahagia aku kamu

Jika diteliti bait-bait lagu ni pun... Ia memberi lebih jiwa kepada drama ni. Suka sangat. Membelai jiwa. Haha... sabar jelah ye... Blog Fiza bulan ni pulun update drama.

1 Comments