Assalamualaikum, hai... 
Ketagihan Menulis Blog! | Sehari tak menulis, rasanya tak lengkap hidup. Tapi... Tahap ketagihannya tidaklah seperti ketagihan dadah. Cumanya... Bila dua atau tiga hari tak update blog... Rasanya, seperti ada hutang yang perlu dilunasi. Walaupun gaya bahasa penulisan Fiza tidaklah sehebat orang lain. Namun, Fiza juga punyai impian untuk terus memperbaiki mutu penulisan.

Al-maklumlah, menulis blog adalah terapi buat Fiza untuk melontarkan apa yang muncul di benak fikiran. Biar pun ada yang berpendapat... Ianya membuang masa, namun bagi Fiza... Bila menulis blog, kepuasan adalah perkara utama yang Fiza inginkan. 


Ketagihan dalam menulis blog

Lagi pulak... Di kampung, mana jugak tempat nak pergi. Sudahnya, hari-hari dihabiskan dengan kehidupan di dalam rumah. Korang dengar mesti bosan kan? Tapi, itulah hakikat yang Fiza lalui setiap hari kecuali waktu cuti sekolah yang panjang. 

Paling tidak pun... Kalau dah bosan sangat, hubby akan start kereta... Then, pusing-pusing kampung je. Kalau nak pergi tempat menarik... Kena lalui jalan duatiga jam... Fiza dan encik suami pulak, sejenis manusia yang tak suka berjalan. Sudahnya, masa banyak dihabiskan dengan anak-anak di rumah.

Walaupun begitu, Fiza takdela kisah sangat... Cuma sebagai manusia biasa, pasti ada masa kita jugak akan rasai bosannya duduk di rumah kan... Nak atau tak, kenalah cari solusi agar rasa bosan itu hilang sendiri. Taklah nanti stress memanjang. Ye tak? 

CARA MEMBUAT ORIGAMI TOPENG MUKA KERTAS

Contohnya, Ahad lepas... Dah tak tahu nak buat apa-apa... Tiba-tiba terfikir nak ajak anak-anak buat origami senapang kertas dan topeng muka. Fuh!!! Kemain suka dorang. Walaupun, Fiza dah lupa bagaimana step nak buat origami pistol kertas dan topeng kertas... Tapi, semua tu tak jadi masalah. Cari je di mesin carian. Semuanya terjawab...

Akhirnya, siap jugak origami untuk Alia dan Ain. Alang-alang dah bercakap pasal origami, di bawah ni Fiza sertakan langkah demi langkah bagaimana nak buat origami topeng muka kertas dengan mudah.


Cara membuat topeng muka kertas

  1. Ambik kertas bersaiz A4. Kalau nampak kecik... Sambungkan dengan satu kertas yang lain.
  2. Kemudian, lipat kepada dua bahagian.
  3. Lipat keempat-empat penjuru menjadi segi tiga.
  4. Dah siap. Lipatkan kepada dua bahagian seperti gambar 5 dan 6.
  5. Then, guntingkan seperti pada gambar 7.

Selepas penat lari sana-sini, main police entry... Sudahnya, mereka berdua tertidur di ruang tamu. Walaupun permainan yang di main hanyalah kertas... Tapi, sudah cukup membuatkan mereka berasa gembira. Tetiba, sebak pulak hati tengok dorang tidur kepenatan. Huhu...

Tengok! Disebabkan ketagihan menulis blog punya pasal... Sedar tak sedar, sampai tujuhlapan perenggan jugak Fiza menaip. Kan? 

Begitulah antara aktiviti cuti hari Malaysia kami. Korang pulak bagaimana?

6 Comments

  1. Suka juga menulis blog ni..biasanya kalau duduk depan pc ataupun notebook idea susah nak keluar..sbb idea menulis ni kdg² dia dtg tibe².. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... That why, kekadang apa je yang terlintas di fikiran dan rasa nak update... Terus draf di kertas ataupun tab.

      Delete
  2. memang ketagih blogging ni lagi2 yang memang suka menulis ke nak express diri kan. tapi kalo mai time malas tu memang krik krik nak tekan enter pun malas =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang² ada jugak malasnya Mai. Tapi bila rajin tu datang. Semua benda nak update 😄

      Delete
  3. Teringat masa sekolah dulu buat origami camtu

    ReplyDelete
  4. sy hari2 buka blog .. blogwalking .. kalau nak update pun tngu sampai 2 3 hari juga haha

    ReplyDelete