DIA YANG MENULIS

Filem Final Score

Assalamualaikum, hai...
Filem Final Score | Sedang sibuk baca news, tetiba mata terpaku dengan tajuk filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 20 September 2018 di semua pawagam... Berjudul Final Score.

Final score 18 september 2018

SINOPSIS FINAL SCORE, 20 SEPTEMBER 2018

For those yang meminati filem genre aksi, rasanya filem tersebut adalah sebuah filem berunsur aksi yang berformatkan 2 dimension... Lakonan Dave Bautista, Pierce Brosnan, Ray Stevenson dan Julian Cheung... Di mana ia mengisahkan tentang Michael Knox lakonan Dave Bautista,  bekas seorang askar yang menggunakan kemahiran yang dipelajarinya ketika bersama tentera untuk menyelamatkan 35,000 orang yang berada di acara sukan apabila sekumpulan penjenayah bersenjata, menjadikan mereka sebagai tebusan.

Salah seorang individu yang berada di dalam stadium tersebut adalah anak perempuan bekas rakan tenteranya. Adakah anak rakan karibnya mampu diselamatkan?. Nantikan tayangannya pada 20 September nanti di seluruh pawagam.

Save the date ok!

Post a Comment

0 Comments