Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Reviews Filem Hindi Hichki? | Assalamualaikum, hai... Gara-gara reviews mereka yang dah menonton dan kebetulan siaran untuk filem hindi Hichki bersiaran jam 12 tengah malam tadi di channel 251... Fiza sanggup tunggu dengan adik. Tu pun dapat info dari frendlist facebook... Tak sangka, sampai ke tamat jugak Fiza dan adik menonton.

Hichki

First things first, antara para pelakon yang terlibat dalam filem tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Rani Mukerji ( Naina Mathur )
  2. Ivan Rodriguez
  3. Supriya Pilgaonkar
  4. Asif Basra
  5. Shivkumar Subramaniam
  6. Kunal Shinde
  7. Harsh Mayar dan 
  8. Suprio Bose

Sinopsis Penuh Kisah Di Sebalik Filem Hindi Hichki

Kalau movie Taara Zameen Par tentang Dyslexia yang dihadapi oleh seorang pelajar dan kemudian dibantu oleh gurunya untuk berjaya, Hichki pulak merupakan hasil adaptasi daripada buku berjudul 'Front of the class'. Ia mengisahkan tentang kecekalan hati seorang wanita bernama Naina Mathur dalam mendidik anak bangsa. Walaupun dia penghidap sindrom Tourette dan dikenali sebagai gagap di kalangan pelajarnya, tetapi ia tidak menjadi halangan buat dirinya. 

Rani Mukerji dalam filem hichki

Kisahnya bermula apabila dia tamat pengajian dalam bidang pendidikan dan mencari peluang pekerjaan sebagai guru. Banyak temuduga yang dia lalui, semuanya berakhir dengan kekecewaan... Disebabkan masalah Tourette Syndrome yang dia hadapi. Namun, dia tetap terus berusaha sehinggalah dia diterima masuk di sebuah sekolah berprestij... St. Notker's School untuk menjadi guru kelas 9F... Kelas belakang dengan 14 orang pelajar yang degil dan sangat nakal.

Naina Mathur dalam hichki

Fiza sangat² suka cara Naina mengajar pelajarnya yang datang dari golongan berpendapatan rendah. Dia mendekati pelajarnya dengan mengaitkan aktiviti harian mereka dengan pelajaran. Dia cuba lahirkan yang terbaik dalam diri pelajarnya... Tanpa Ravinder sedar, dia sememangnya hebat dalam matematik... Walaupun hakikatnya dia bermain judi secara haram di luar sekolah. Begitu jugak dengan pelajarnya yang lain. Masing² punyai kelebihan. Cumanya mereka hanya tersisih oleh kurangnya perhatian. Diskriminasi!!!!

Kehadiran cikgu Naina dengan teknik P&P yang unik dan pelbagai... Akhirnya dia mampu menarik minat 14 pelajar kelas belakang tersebut untuk serius dalam pelajaran.

Namun, langit tidak selalu cerah... Dek kerana perbuatan hasad dengki, tetap jugak ada masalah lain yang timbul di sekolah baik dari pihak sekolah mahupun pelajar 9F itu sendiri... Disebabkan ketidakpuasan hati dan hasad dengki... Semua pelajar 9F digantung sekolah sehingga hari peperiksaan. Walaupun mereka digantung, Naina sentiasa ada buat mereka. Peperiksaan dilalui dengan penuh debaran. Segala usaha Naina... Akhirnya terbalas dengan kejayaan semua pelajarnya lulus dalam peperiksaan.

Walaubagaimana pun, mereka telah dituduh meniru kertas peperiksaan yang dibocorkan oleh penjaga sekolah, Shyamlal (Asif Basra) dengan harapan 14 pelajar tersebut terus dihapuskan selamanya daripada St. Notker's school...  Namun, kebenarannya... Kertas tersebut lansung berbeza... Dan mereka tidak menipu... Sebaliknya pelajar Mr.Wadia dari kelas 9A punya angkara.

Melihatkan kejayaan dan kejujuran Naina, akhirnya Mr. Wadia menjelaskan perkara sebenar dalam satu perhimpunan sekolah. Malah... Dua daripada pelajar 9F juga telah berjaya menjadi pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Puas hati!

Pada Fiza...

Korang patut tonton filem ni... Sedih, happy dan sakit hati... Semuanya hadir bila mana menyaksikan Naina yang hampir pasrah. 14 pelajar yang ingin berubah, tapi keadaan sekeliling membuatkan dorang terpaksa melontar jauh impian mereka. 

Paling Fiza terkesan... Apabila Naina berada di sebuah tempat makan, tetiba 14 pelajar tersebut datang memujuk Naina dengan penuh emosi... Dengan harapan Naina sudi menjadi cikgu buat dorang. 'Tak ada pelajar yang teruk, tapi hanya guru yang teruk'.... Dan Naina telah membuktikan kejayaan pelajarnya di penghujung kisahnya.

Suka sangat filem ni. Fiza bagi 4/5 bintang.