Assalamualaikum, hai...
Beli Bunga Orkid Secara Online | Mak Fiza seorang yang suka menanam orkid. Tiap kali ke bandar mesti aim orkid. Sekarang ni jarang dah ke Kuching, so dia pun try la suruh Fiza search di internet... Kot-kot la ada yang menjual bunga orkid di atas talian.

Lama jugak Fiza carik kat internet tak jumpa. Sampailah mak ke rumah sorang cikgu ni. Dialah yang bagitau mak kat mana nak beli orkid di internet. Balik je rumah... Dia terus suruh Fiza google page FB Damai Garden II, bila dah jumpa... Tryla whatsapp owner fb tersebut. Ternyata dia memang menjual orkid.

Orkid murah

Apalagi... Mak pun pilihlah dan terus beli. 6 jenis, RM75 termasuk postage. Untuk makluman, dia kata pengeposan akan dilakukan setiap hari Isnin ye. So, bolehla beli weekend. Nanti dia terus post. Alhamdulillah, hari Khamis sampai dah di rumah. Sangat cepat... Dan setimpal dengan harga pulak tu. Orkid pun still fresh... 

Orkid di rumah

Bila dah sampai... Kemain excited lagi mak. Bila dah lama menanam orkid, mak tahu dah jenis-jenis orkid. Dia menanam orkid pun disebabkan takde benda nak buat kat rumah. Untuk hilangkan rasa bosan dan sunyi, petang-petang mesti dia duduk di laman rumah. Siram bunga sambil belek-belek bunga. Lagipun orkid memang rumit sikit dalam hal-hal penjagaan. That why, kena tengok-tengok selalu. 

Kelulut

Sekarang ni lagilah, mak siap ternak kelulut tau. Setiap hujung minggu kemain meriah hasil madu kelulut mak dapat. Apa taknya... Keliling rumah penuh dengan pelbagai jenis bunga. Mana taknya kelulut suka nak hisap madunya.

Alhamdulillah, hasil tuaian madu... Ada masa mak sedekahkan dengan jiran. Ada masa mereka beli. Pendek kata, ternak kelulut pun, untuk kegunaan sendiri je. Alhamdulillah... Biasalah orang tua... Mana reti duduk diam. Kan?

4 Comments

  1. bestnya ada kelulut sendiri! Bagi ilham lah akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Farhana. Setakat ni tuaian madunya untuk kegunaan sendiri. Hehe...

      Delete