Assalamualaikum, hai...
Aktiviti Cuti 4 Hari | Bila cuti panjang, mood nak menulis blog pun kelaut. Kesannya, trafik blog turut jatuh kelaut. Haha. Tak kisahla, yang penting masa yang ada... Di manfaatkan untuk suami dan anak-anak.

Tapau dan buffet untuk program motivasi tahun 6 2018

Cuti kali ni, kami takde ke mana-mana. Duduk rumah... Lepak, makan, tidur, tengok tv... Tu jela kerjanya. Cuma, Sabtu sedikit sibuk membantu mak bungkuskan tapau dan sediakan buffet untuk program motivasi pelajar tahun 6.

Supersave

Kemudian, petang Ahad je... Kami keluar ke bandar untuk membeli sedikit barang dapur. Selesai beli barang dapur... Singgah pulak di kedai Supersave... Salah satu kedai selain daripada kedai DIY yang wajib kami singgah. Kak Alia dan Ain kemain suka lagi... Kalau singgah, mesti ada sahaja yang mereka nak beli. Setakat ni... Tak pernah lagi layan mainan mahal. Semuanya di bawah RM20... Before balik, sempat lagi adik Ain mintak diambik foto... Background botol pun layan.

Orang tua

On the way balik, masa encik suami singgah beli ikan. Tetiba hati Fiza diruntun sebak melihatkan seorang lelaki lanjut usia mengutip sampah, dengan jalannya yang herot. Allahu akhbar... Tanpa mereka, siapa lagi yang sudi nak kutip sampah di jalanan. Dahla sampah sana-sini... Kata Malaysia #kitapunya... Simple things pun kita tak boleh n ak buat. Suka sangat nak buang sampah merata... Padahal, di mana-mana je ada tong sampah disediakan. Hurmmm... Tak tahulah nak kata apa....

Isnin dan Selasa, kami tak ke mana-mana... Sebab anak jiran meninggal dunia. Meninggal pada usia 49 tahun. Dengar cerita, dia selalu mengadu sakit dada... Tapi tak nak buat checkup di hospital. Kami syak dia ada masalah jantung. Benda dah berlaku... Kenalah redha menerimanya. Ajal, jodoh dan rezeki itu sesungguhnya telah Allah tentukan kan... Al-fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ
Cuti kali ni, kami lansung tak buat perancangan. Entah! Malas nak fikir... lebih baik, duduk rumah... Lagi pulak, cuaca sekarang ni lembap. Apalagi, memang sedap tidur makan... Tidur... Makan. Haha.

3 Comments

  1. I simply couldn't go away your site prior to suggesting
    that I extremely enjoyed the usual info an individual supply in your guests?
    Is going to be again steadily to investigate cross-check
    new posts

    ReplyDelete
  2. sekarang ni selalu hujan.. sedapp pulaakkk tidur time hujan2 ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Walaupun Malaysia kita punya tapi ramai yang tak peduli hal macam mana nak jaga hak kita ni kan...

    ReplyDelete