Assalamualaikum, hai... 
Pernah tak anda melawati laman web atau memuatturun aplikasi Traveloka? Untuk pengetahuan anda semua, Traveloka merupakan syarikat yang menyediakan layanan tempahan tiket penerbangan dan hotel melalui atas talian. Ke mana sahaja kita nak pergi sangat mudah dengan adanya Traveloka. Terdapat lebih 100,000 laluan penerbangan dan 100,000 hotel di seluruh dunia Traveloka tawarkan. Melalui Traveloka, kita boleh mengetahui atau dapatkan harga terbaik untuk semua penerbangan, hotel dan juga bilik bajet. Menarik bukan?

Apa yang hanya perlu kita buat, lawati laman Traveloka dan buatlah tempahan tiket penerbangan dan juga hotel dengan mudah di situ tanpa perlu pergi sendiri ke pejabat agensi pelancongan. Semuanya dilakukan di hujung jari. Buat mereka yang selalu melancong, lagi mudah sekiranya anda terus memuatturun aplikasi traveloka di google playstore atau ios app store.

Traveloka App

Selain itu, melalui perkhidmatan ini juga kita dapat mengetahui dengan mudah promosi yang berstatus on going sepanjang tahun Traveloka tawarkan. Secara tidak lansung, ia membantu kita untuk merancang setiap perjalanan percutian kita berdasarkan promosi yang mereka tawarkan. Lagi jimat bukan.


Terbaru, Traveloka melancarkan kempen menarik mereka untuk bulan September 2018 di mana mereka mengajak kita untuk melawati SEEngapore, sebuah  kota yang penuh keseronokan dengan Traveloka promo code untuk flight dan diskaun 20% untuk tempahan hotel. For those yang tengah mencari tempat menarik untuk dikunjung, apa kata tahun ni kita memilih Singapore sebagai destinasi utama untuk bercuti. Kenapa mesti memilih Singapura?

Tempat menarik di Singapura

Untuk pengetahuan semua, walaupun Singapore hanyalah sebuah negara yang sangat kecil, keseronokkan yang ditawarkan oleh Kota Singa begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti teknologi 4 Dimensi, teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi yang mana mustahil untuk dilupakan. Jangat ingat semuanya mahal dan berbayar ye, ada jugak tarikan percuma yang ditawarkan. Sesuai la kalau nak menjadikan Singapore sebagai destinasi percutian keluarga hujung tahun ini. 

Bagi yang duduk berdekatan dengan Singapore, tiada masalah untuk ke sana. Perkhidmatan bas, teksi, train atau boleh memilih untuk memandu sendiri ke sana. Bagi yang jauh, lebih mudah jika menaiki kapal terbang.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang untuk membuat tempahan. Kebetulan, Traveloka menawarkan diskaun hebat dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan lawan web atau aplikasi Traveloka dengan kupon GOSG. Syaratnya, promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah pilih penerbangan dan gunakan kod GOSG semasa pembayaran dilakukan.

Flight ticket untuk Promo SEEngapore

Contohnya
Fiza memilih penerbangan dari Penang ke Singapore, pilih return untuk penerbangan pergi balik. Pilihlah tarikh yang dikehendaki, kemudian pilih penerbangan yang sesuai dengan budget atau yang menjadi kesukaan. Contoh harga penerbangan pergi balik Penang-Singapore untuk seorang dewasa RM380. Dengan menggunakan kupon GOSG, harga tiket penerbangan akan menjadi RM330. Murah kan? 

Bagaimana nak dapatkan kupon? Apa pulak terma & Syarat yang perlu dipatuhi...

Ok! Untuk terma & Syarat :-
Kod kupon hanya sah digunakan menerusi laman web dan aplikasi Traveloka sahaja ye. Kalau anda tempah di Trivago contohnya, anda tidak boleh gunakan kod ini. Traveloka berhak pada bila-bila masa untuk menyenaraihitamkan pelanggan yang dikenalpasti melanggar syarat promosi atau menyalahgunakan kupon daripada menggunakan kupon Traveloka pada masa akan datang.

Seperti biasa, setiap satu kod kupon ini adalah untuk satu pelanggan. Sekiranya anda nak dapatkan lebih kupon, boleh minta samada isteri/suami atau anak mendaftar di Traveloka dan gunakan kod yang sama. Mudah kan?

Cara untuk mendapatkan kupon :-
Manakala untuk mendapatkan kupon pula, berikut adalah langkah demi langkah yang perlu kita ikuti. Sangat mudah.

Cara untuk dapatkan kupon

Dah dapat potongan harga untuk penerbangan, nak lagi jimat, Traveloka juga turut menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% untuk hotel di Singapore dan tiada kupon diperlukan. Syaratnya
  1. Pertama, promosi tersebut sah untuk hotel yang tersenarai di Singapore sahaja.
  2. Sah untuk semua kaedah pembayaran.
  3. Sah untuk pelbagai transaksi dalam tempoh promosi. Menarik kan…
Selain dari pelbagai tempahan dalam satu sistem, di Traveloka juga turut berkongsi blog personal experience people yang pernah pergi melancong ke merata tempat. Pada Fiza, ia sangat membantu kepada mereka yang ingin mengetahui pengalaman orang tersebut sebagai persediaan sebelum menjejaki tempat yang belum pernah dilawati. Sangat menarik and for me it's quite useful. Kan?

Apa lagi...
Jom ke Singapore dengan Traveloka. Jangan lepaskan peluang tawaran kupon dan diskaun dari mereka kerana tempoh tempahan adalah pada 1 September hingga 30 September 2018. Rancang perjalanan anda dan tempoh perjalanan pula adalah terpulang kepada kita untuk tentukan. Apa tunggu lagi, buatlah tempahan di  https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore untuk menikmati tawaran hebat tersebut.