Assalamualaikum, hai... 
Drama Terbaru Ammar Dan Opie | Merupakan drama yang akan menggantikan drama cinta lemon madu. Drama bersiri ini merupakan arahan Raja Mukhriz, yang mana akan menampilkan lakonan Hazama(Ammar), Irfan Rajali(Opie), Datuk Awie (Tok Wi), Syerinie Myra (Wardah), Kodi Rasheed(Nizam), Aril Pilus (Malik), Riz Amin(Jay) dan ramai lagi. Drama 13 episod ini akan disiarkan di slot Zehra TV3, Setiap Rabu dan Khamis. 

Sinopsis drama Ammar Dan Opie
Screenshot daripada Youtube

SINOPSIS DRAMA BERSIRI AMMAR DAN OPIE DI SLOT ZEHRA TV3

Drama yang mempunyai 13 episod ini juga dikatakan mengisahkan tentang kembara Ammar bersama Opie di kota Thailand. Di sana juga Amar bertemu dengan Awie. Awie merupakan seorang pemuzik yang sekian lama menghilangkan diri dari industri. Ammar merupakan bekas penyanyi meningkat naik yang akhirnya tersungkur jatuh akibat sifat lupa dirinya. Apakah yang berlaku? Adakah Ammar kembali bangun? Dan adakah Awie yang akan membantunya. Kenalah tonton sendiri malam ni jam 9 malam di tv3. 

Tu antara lain clue bagaimana perjalanan 13 episod drama Ammar dan Opie. Macam menarik je kan!  

Save the time ok! Selamat menonton.