Assalamualaikum, hai...
Menerima Panggilan Dari +60183181046, Suami Merasuah!!! | Kejadian dua minggu yang lepas. Encik suami menerima satu panggilan daripada nombor +60183181046 pada waktu mengajar. Disebabkan panggilan tu berulangkali... Akhirnya, encik suami tewas... Lalu, mengangkat panggilan tersebut. 

Kata encik suami, dengan nada percakapan yang kurang jelas seperti tidak difahami... Perempuan tersebut menyatakan kepada encik suami... Yang encik suami mempunyai kes rasuah dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Apalagi, encik suami yang kehairanan lalu bertanya... Rasuah apa? Tiba-tiba talian diputuskan oleh perempuan tersebut serta-merta. Maybe, dia mendengar suara encik suami serius sangat kot. Tu yang takut tu. Hahaha... Sampai harini nombor tu dah takde lagi menelefon encik suami.

Menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali

Memandangkan dia kata encik suami ada kes rasuah. Encik suami pun check nombor tersebut selepas menerima panggilan. Ternyata tiada. Ni mesti kes penipuan. Haihhh! Nak duit sanggup menghalalkan cara.

Banyak sangat dah sekarang ni kes scammer... Sampaikan ada yang rugi ratusan ribu ringgit... That why, Fiza selalu pesan kat encik suami...
  1. Supaya tidak menjawab panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan.
  2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CCVpada kad bank atau pun nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali.
  3. Sentiasa berwaspada apabila mendaftar maklumat peribadi di mana-mana laman web.
Tips Fiza... Bila dapat panggilan yang tidak dikenali... Sorry to say, memang tak jawab. Kalau penting sangat... Dorang mesti mesej... whatsapp ke. Tak pun hantar surat ke rumah.

Kekadang tanpa kita duga, orang lain akan ambik kesempatan di atas kecuaian kita. Bersama-samalah kita beringat.