DIA YANG MENULIS

Resepi Donut Gebu Dan Lembut Sukatan Cawan

Assalamualaikum, hai... 
Resepi Donut Gebu Dan Lembut Sukatan Cawan | Pasti, ramai yang tercari-cari akan resepinya di enjin carian. Fiza pun pernah jugak buat donat. Tapi taklah selembut... Segebu ala big apple seperti resepi yang sis Mariafirdz dan sis rose kongsikan. Terima kasih kerana dah berkongsi resepi. 

So, bila ada masa dan peluang... Minggu lepas Fiza mencuba resepi donut yang mudah dari dorang. Ternyata... Hasilnya memang lembut dan gebu. Apalagi, dah dapat resepi donut terbaik... Kenalah kongsikan di sini. Nanti, nak buat... Cari je resepinya di blog sendiri. Lagi cepat. Kan!

RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU, TAPI SENANG NAK BUAT

Ambik kauuu... Tajuk memang pancing sungguh. Haha. Padahal, resepi donut je pun. Kan? 

Baiklah, untuk bahan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat donut. Antaranya :-

Bahan A
2 sudu susu pekat manis dalam tin
2 sudu gula
1 paket yis (serbuk)
1 cawan air suam
*** Campurkan kesemua bahan dan biarkan ia mengembang.

Bahan B 
4 Cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara-cara untuk membuatnya pulak, adalah seperti berikut :-
  1. Ramas bahan B hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi ke dalam bahan B. Gaul sehingga rata.
  3. Biarkan selama sejam. Tutup bekas dengan kain lembab 
  4. Selepas sejam, tumbuk sedikit doh tadi untuk mengeluarkan angin.
  5. Teruskan mencanai dan terap.
  6. Kemudian, goreng dengan minyak yang banyak.
  7. Dah siap, gaullah dengan topping mengikut kemahuan. Susu ke... Gula ke. Boleh je.

Donut lembut ala big apple
Buat Banyak nak buat sedekah kat jiran

Donut sukatan cawan


Kak Alia dan Ain cukup suka makan donat. Sorang boleh habiskan sampai 3 biji. Haha... Nasib baik ada resepi ni. Bolehlah nanti selalu buat.

Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh.. hjg minggu nak try molah. Faberet si ava juak tok

    ReplyDelete