Assalamualaikum, hai...
Bahaya Ada Di Mana-Mana! | Semalam tengok tak berita mengenai seorang kakak yang kena samun kat kedai dobi tu? Daripada video yang ditayangkan... Sepertinya, orang yang menyamun tu budak-budak remaja. Berani betul dorang. Siap bawak senjata. Mesti akak tu trauma. Allahu Akhbar... Apalah nak jadi dengan remaja sekarang ni. Berani betul. Lansung tak takut akan akibatnya.

That why, kita terutamanya kaum wanita kenalah berwaspada selalu. Bahaya ada di mana-mana. Seboleh-bolehnya kena elakkan daripada pergi berseorangan. Yelah! Kekadang ada jugak kita berfikiran... 'Alah! Kejap je pun...' Tapi, yang kejap itulah kekadang mengundang bahaya... Terutamanya bagi kita yang keluar bersendirian.

Lagi satu, kalau dah tak boleh elak... Takde teman... Jangan sesekali menampakkan barang kemas. Lepas tu, bawak duit biarlah ala kadar. Lagi satu... bawak spray pemedih mata. Biar dorang rasa. Geram betul tau... Dengan kes-kes macam tu... 

Kredit video samun di kedai dobi : utusan online

Tapi nasib baik ada cctv... Tahulah nasib mereka yang merompak. Maybe dorang ingat... Tempat-tempat macam tu takde cctv kot. That why berani nak merompak. 

Bersamalah kita beringat ye. Jadikan kes kakak di kedai dobi itu pengajaran buat kita bersama. Walaupun kita berani macam mana sekalipun, biarlah berteman dan bawaklah senjata untuk pertahankan diri. Kita tak tahu... Bila-bila masa, di mana-mana sahaja kes seperti itu boleh berlaku tanpa kita duga. Kan?

Semoga mereka yang bersalah mudah diketahui dan diadili. Aamiin...

3 Comments